Terkini:Polis sudah menemui Siti Nabillah Abdul Malek
Polis memohon maklumat mengenai seorang gadis bernama Siti Nabillah Abdul Malek yang dilaporkan hilang.
Gambar: SPF
Terkini: SPF memaklumkan hari ini (9 Feb) bahawa Siti Nabillah Abdul Malek sudah dijumpai.
SINGAPURA: Polis memohon maklumat mengenai seorang gadis bernama Siti Nabillah Abdul Malek yang dilaporkan hilang.
Siti Nabillah Abdul Malek kali terakhir dilihat di Blok 209C Punggol Place pada 5 Februari lalu, sekitar pukul 4.00 petang.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja perempuan ini diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iWitness.
Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.