TERKINI: Adrian Syah Syawal sudah ditemui
Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai Adrian Syah Syawal, 13 tahun.

Kali terakhir Adrian Syah, 13 tahun, dilihat di kawasan 4 Yishun Street 71 pada sekitar 4.05 petang, 27 Julai lalu. (Gambar: SPF)
TERKINI: Adrian Syah Syawal sudah ditemui.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai Adrian Syah Syawal, 13 tahun.
Menurut SPF dalam kenyataannya pada Rabu (28 Jul), kali terakhir Adrian dilihat di kawasan 4 Yishun Street 71 pada sekitar 4.05 petang, 27 Julai lalu.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan beliau diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.
Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.