Terkejut terima emel gagal bayar zakat melalui zakat.sg; sila abaikannya, kata MUIS
Masyarakat Islam setempat dinasihatkan supaya jangan bimbang jika mereka menerima kiriman emel yang menyatakan bahawa percubaan mereka untuk membayar zakat tidak berjaya seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas.
(Gambar-gambar: Facebook/MUIS)
SINGAPURA: Masyarakat Islam setempat dinasihatkan supaya jangan bimbang jika mereka menerima kiriman emel yang menyatakan bahawa percubaan mereka untuk membayar zakat tidak berjaya seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas.
Ini kerana emel tersebut dihantar secara tidak sengaja oleh sistem Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ke semua pembayaran sebelumnya yang tidak berjaya.
Pesanan dalam kiriman emel itu berbunyi: "Assalamualaikum wr wb. Kami telah memproses pembayaran anda dan ia telah ditolak oleh gerbang pembayaran. Harap lungsuri zakat.sg untuk membuat pembayaran sekali lagi."
Dalam catatan Facebooknya hari ini (12 Mei), MUIS memberi jaminan bahawa selagi anda membuat pembayaran melalui zakat.sg dan sudah menerima emel pengesahan bersama dengan resit PDF (menunjukkan pemotongan sudah dibuat dari akaun bank), ini bermakna anda berjaya membuat pembayaran zakat.
Para pembayar zakat yang menerima emel tersebut tidak perlu membuat bayaran sekali lagi.
"Harap maklum selagi anda telah membuat pembayaran menerusi zakat.sg dan sudah menerima emel pengesahan berserta resit PDF (menunjukkan pemotongan sudah dibuat dari akaun bank), pembayaran zakat anda sudah berjaya, Alhamdulillah," menurut catatan MUIS itu.
"Anda boleh ketepikan emel (susulan) yang menyatakan pembayaran itu gagal."
"Tolong bantu untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat ini kepada rakan, ahli keluarga dan kenalan anda," tulis MUIS lanjut.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.