Terima panggilan dari Mahkamah Tinggi meminta anda ke mahkamah? Hati-hati, ia satu penipuan
Mahkamah Tinggi hari ini (25 Jun) mengeluarkan makluman bagi memberi amaran kepada orang ramai tentang panggilan telefon yang mencurigakan daripada pemanggil yang mengaku sebagai pegawai mahkamah.
Mahkamah Tinggi di Singapura.
SINGAPURA: Mahkamah Tinggi hari ini (25 Jun) mengeluarkan makluman bagi memberi amaran kepada orang ramai tentang panggilan telefon yang mencurigakan daripada pemanggil yang mengaku sebagai pegawai mahkamah. Menurutnya, pemanggil akan menyuruh mereka yang dihubungi untuk pergi ke mahkamah.
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kejadian itu oleh beberapa orang awam tentang panggilan telefon yang mencurigakan. Ada dalam kalangan mereka diminta memberi nama dan nombor kad pengenalan mereka kepada pemanggil.
Mahkamah Tinggi menambah, para pegawainya tidak akan membuat panggilan seperti itu.
"Jika pihak mahkamah inginkan anda ke mahkamah, kami akan mengirimkan surat atau emel," menurutnya.
Mereka yang menerima panggilan seperti itu digesa supaya tidak mengendahkan panggilan tersebut dan jangan memberi sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, pasport, akaun bank atau butiran kad kredit. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak memindahkan wang kepada pemanggil, tambah Mahkamah Tinggi.
"Kami memandang serius insiden seperti ini kerana ia menjejas kepercayaan orang awam terhadap mahkamah."
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden seperti ini boleh menghubungi polis di talian 1800-255-0000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.