Skip to main content

Singapura

"Terdapat perbezaan antara Perkhidmatan Awam dan parti pemerintah," tegas Ng Kok Song

Anggaran Waktu Membaca:
"Terdapat perbezaan antara Perkhidmatan Awam dan parti pemerintah," tegas Ng Kok Song

Ng Kok Song di sebuah kuil Sikh di Towner Road pada 23 Julai 2023. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 23 Jul 2023 06:57PM
SINGAPURA: Sebagai "individu berkecuali dari segi politik" yang tidak pernah menjadi anggota mana-mana parti politik, Encik Ng Kok Song berkata pada Ahad (23 Jul) bahawa beliau berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membantu menyatukan Singapura.

"Saya berharap rakyat Singapura akan melihat bahawa (dan) sikap berkecuali saya akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap saya," katanya kepada pihak media pada penampilan umum pertamanya selepas mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden.

"Sikap berkecuali ini akan membolehkan beliau untuk "menjangkaui politik", katanya.
Apabila ditanya mengenai rakyat Singapura yang mungkin menganggapnya sebagai calon yang mempunyai kaitan dengan parti politik atau pemerintah kerana kerjayanya yang panjang dalam perkhidmatan awam, mantan ketua pegawai pelaburan GIC itu berkata: “Saya tidak bimbang orang ramai akan menganggap saya sebagai calon sedemikian.

“Saya amat berbangga dengan perkhidmatan awam saya. Tetapi kita mesti membuat perbezaan antara pertubuhan sedemikian dan parti pemerintah.”

Encik Ng mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden Singapura pada 19 Jul. Encik Ng yang berusia 75 tahun adalah calon ketiga presiden yang merancang untuk menyandang jawatan tersebut.

Beliau bersara daripada GIC - dana milik Singapura - pada 2013 selepas 27 tahun bersama pertubuhan itu. Beliau dilantik sebagai ketua pegawai pelaburan GIC yang pertama pada 2007, jawatan yang dipegangnya sehingga beliau bersara.

Terdapat ramai orang dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat di peringkat yang sangat tinggi dan berinteraksi dengan menteri, katanya kepada para wartawan semasa melakukan lawatan ke sebuah kuil Sikh di Towner Road.

“Ini terutama sekali kerana kita hanya mempunyai satu parti pemerintah selama ini... terdapat persepsi bahawa jika anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam, anda adalah sebahagian daripada parti pemerintah. Tetapi itu tidak benar,” katanya.

“Terdapat perbezaan antara pertubuhan seumpama itu dan parti pemerintah. Saya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik. Saya tidak pernah menjadi anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)."
Sumber : CNA/SS/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita