Skip to main content

Singapura

Terdapat had campur tangan pemerintah dalam pampasan Cordlife: MOH

Anggaran Waktu Membaca:
Terdapat had  campur tangan pemerintah dalam pampasan Cordlife: MOH

Gambar fail: Ooi Boon Keong/Today

Diterbitkan : 08 May 2024 03:14PM
SINGAPURA: Bank darah tali pusat Cordlife adalah khidmat komersil yang disediakan oleh sektor privet, dan pemerintah mempunyai had terhadap bagaimana ia boleh campur tangan, meskipun kesilapan yang dilakukan Cordlife.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Kementerian Kesihatan Janil Puthucheary pada Rabu (8 Mei).

"Pemerintah tidak boleh melanggar undang-undang," kata Dr Janil ketika menjawab soalan parlimen mengenai Cordlife.

Kementerian Kesihatan (MOH) bukan sebuah pihak terkait dengan kontrak komersil yang ditandatangani ibu bapa bersama penyedia khidmat, tambahnya.

“Pemerintah mempunyai had jika ia ingin campur tangan, terutamanya dalam isu pampasan dan bayaran balik,” katanya.

"Peranan yang mungkin kami mainkan sebagai pemerintah adalah untuk melibatkan Cordlife dan meminta mereka untuk menawarkan beberapa bentuk ganjaran, untuk mengekalkan hubungan mereka dengan pelanggan," tambahnya.
 
Bulan lalu, Mediacorp melaporkan bahawa ibu bapa yang terjejas tidak berpuas hati dengan bayaran balik yang ditawarkan, dan seorang pelanggan menghantar surat tuntutan kepada syarikat itu.
Pada Selasa (7 Mei), Cordlife menyatakan "ramai" pelanggan yang berdepan masalah dengan unit darah tali pusat sudah menerima bayaran balik, namun enggan mendedahkan angka sebenar.

GARIS MASA UNTUK UJIAN "MUNASABAH"

Dr Janil berkata apa yang boleh dilakukan oleh MOH adalah berkaitan dengan peraturan dan memudahkan proses.

"Kementerian Kesihatan akan menyelia penyelesaian ujian lanjut pada tangki yang terjejas, untuk mencapai tahap keyakinan yang tinggi terhadap penemuan itu," katanya.

Ujian akan mengambil masa setahun lagi untuk diselesaikan disebabkan saiz sampel dan kapasiti ujian.

Menjawab soalan tentang sama ada ujian itu boleh dipercepatkan, Dr Janil berkata garis masa mengambil kira pelbagai faktor operasi, termasuk langkah pembetulan yang diminta Cordlife dilaksanakan untuk mengurangkan berlakunya "pemanasan".

MOH akan cuba mengurangkan masa yang diambil, namun mengekalkan mutu penemuan, katanya.

Kementerian tersebut juga akan memantau komunikasi syarikat itu bersama pelanggan serta orang ramai dengan teliti, dan kemajuannya dalam menangani kekurangan dan membuat penambahbaikan.

MOH akan mengarahkan Cordlife untuk mengesahkan dan melaksanakan sistem pemantauan suhu baharunya dengan betul, membetulkan kaedah pemprosesannya bagi unit darah tali pusat dan menambah baik latihan kakitangan dan penyeliaan operasi.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita