Teras S'pura yang kukuh penting kawal pengaruh luar - Presiden Halimah
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Presiden Halimah Yacob berkata teras Singapura yang kukuh adalah penting untuk mengawal pengaruh luar yang mahu memecahbelahkan negara.
Ini kerana ia mempunyai garis keretakan semula jadi yang mudah dieksploitasi terutamanya dengan maklumat salah yang kelihatan tidak berbahaya melalui media sosial dan aplikasi pesanan segera.
Demikian menurut Presiden Halimah semasa berucap di Ceramah S Rajaratnam 2023 hari ini (9 Jun).
"Kami mesti arif untuk membezakan kenyataan-kenyataan separuh benar dan pandangan-pandangan berat sebelah yang disebarkan di media sosial yang dikeluarkan sebagai bahan berita. Tetapi di luar perundangan, cara paling berkesan untuk menentang kepalsuan ialah memastikan kami menyemak sumber untuk membezakan yang sensasi daripada fakta," kata Presiden Halimah Yacob.
Presiden Halimah berkata bahawa maklumat salah sebegitu merumitkan diplomasi.
Singapura tidak boleh terus menganggap pasaran terbuka dan globalisasi di mana ekonominya bergantung akan kekal.
Menurut beliau, sentimen perlindungan dan nasionalis semakin meningkat di seluruh dunia dan boleh membawa ketidaktentuan dalam masa terdekat.
"Ketidakpercayaan yang mendalam dan persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat dan China memberi kesan negatif yang ketara ke atas sistem perdagangan pelbagai pihak yang sedia ada, yang telah membawa manfaat kepada banyak negara termasuk Singapura. Kini risiko nyahgandingan dan percabangan teknologi dan ekonomi semakin meningkat. Dalam persekitaran luar yang membimbangkan ini, perpaduan kita sebagai sebuah negara dan keazaman kita untuk berdiri bersama adalah lebih kritikal," ujar Presiden Halimah lagi.
Ceramah S Rajaratnam yang dianjurkan oleh Kementerian Ehwal Luar itu dihadiri lebih 800 orang, termasuk para pegawai awam dan diplomat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.