Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terapi sejukkan kulit kepala pesakit barah ditawarkan di Hospital Ng Teng Fong

Terapi penyejukan kulit kepala untuk para pesakit barah akan disediakan di Hospital Ng Teng Fong pada suku kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jan 2022 06:51PM Dikemas Kini : 29 Jan 2022 09:47PM

SINGAPURA: Terapi penyejukan kulit kepala untuk para pesakit barah akan disediakan di Hospital Ng Teng Fong pada suku kedua tahun ini.

Ia dapat mengurangkan rambut gugur para pesakit barah yang menjalani rawatan kemoterapi serta mencepatkan semula pertumbuhan rambut.

Dalam terapi itu, selepas rambutnya dibasahi dan dijadikan lembab, pesakit akan dipakaikan sebuah "topi penyejuk".

Ia bagi membolehkan pesakit berkenaan menjalani rawatan penyejukan kulit kepala semasa menjalani kemoterapi.

Terapi itu akan menyejukkan kulit kepala pesakit ke paras antara 18 hingga 22 darjah.

Ini sekaligus dapat mengurangkan aliran darah ke kulit kepala serta mengurangkan kesan kemoterapi yang merosakkan folikel rambut.

Terapi itu sudah ditawarkan di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS).

Antara tahun 2017 hingga 2019 seramai 80 pesakit menjalani terapi itu.

Lebih separuh daripada mereka berkata rambut mereka dapat dikekalkan.

Ada juga yang mengalami rambut gugur namun, tumbuh semula dengan baik.

Sejak terapi itu dicuba dalam tahun 2017, lebih 200 pesakit meraih manfaat daripada terapi penyejukan kulit kepala itu.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan