Skip to main content

Singapura

Teraju pimpinan WGS bertukar tangan; Dr Faishal Ibrahim ditugaskan pacu ke tahap lebih tinggi, beri khidmat lebih baik

Sejak dirasmikan pada 2019, Wisma Geylang Serai (WGS) menjadi nadi budaya dan kegiatan masyarakat Melayu, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya pada Selasa (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Teraju pimpinan WGS bertukar tangan; Dr Faishal Ibrahim ditugaskan pacu ke tahap lebih tinggi, beri khidmat lebih baik

(Gambar: Wisma Geylang Serai/Facebook)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 04:40PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 04:47PM

SINGAPURA: Sejak dirasmikan pada 2019, Wisma Geylang Serai (WGS) menjadi nadi budaya dan kegiatan masyarakat Melayu, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya pada Selasa (22 Sep).

Dalam catatan yang sama, Encik Masagos melahirkan penghargaan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman atas usahanya sepanjang tujuh tahun lalu untuk membangunkan WGS sehingga ke tahap yang dibanggakan sekarang.

"Saya bangga dengan usaha rakan saya Dr Maliki Osman sepanjang tujuh tahun lalu dalam memikirkan konsep bagi WGS, lalu menyemarakkan WGS dengan acara-acara yang digemari masyarakat, serta membina asas kerjasama antara badan-badan Melayu/Islam di sana," tulis Encik Masagos.

Setelah diterajui oleh Dr Maliki, WGS kini diterajui oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Encik Masagos turut melahirkan keyakinan bahawa Dr Faishal akan dapat membawa WGS ke tahap yang lebih tinggi supaya ia dapat memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat.

Dr Maliki, menurut Encik Masagos, akan mengambil alih tugas sebagai Penasihat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan M³@Bandar.

Mengulas tentang peranan baru yang bakal digalas oleh Dr Maliki, Encik Masagos berkata: "Saya yakin beliau dapat menggembleng tenaga para sukarelawan di badan-badan tersebut, lalu mempertingkatkan usaha mereka menghubungkan masyarakat dengan program-progam di peringkat M³ dan peringkat negara demi memperbaiki mutu kehidupan penduduk."

Peralihan pada tampuk kepimpinan itu pertama kali diumumkan oleh Encik Masagos pada Selasa lalu (15 Sep).

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita