Skip to main content

Singapura

Teo Chee Hean, Tharman Shanmugaratnam ucap tahniah kepada Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam hari ini (14 Mei), mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan mereka, Dr Wan Azizah Wan Ismail atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Teo Chee Hean, Tharman Shanmugaratnam ucap tahniah kepada Wan Azizah

Gambar: Jack Board

Diterbitkan : 14 May 2018 10:42PM Dikemas Kini : 14 May 2018 10:45PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam hari ini (14 Mei), mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan mereka, Dr Wan Azizah Wan Ismail atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Mereka juga mengutus kawat tahniah kepada Dr Wan Azizah.

Encik Teo dan Encik Tharman menarik perhatian pada kerjasama dua pihak yang kukuh antara Singapura dengan Malaysia dan menulis bahawa mereka mengalu-alukan kerjasama rapat dengan Dr Wan Azizah bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala itu.

Kedua-dua pemimpin itu turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan atas kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan juga kepada Dr Wan Azizah kerana memenangi kerusi Pandan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita