Teo Chee Hean sahkan kerjasama erat SG, syarikat China dalam sektor baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean memuji kerjasama erat antara Singapura dan syarikat-syarikat China dalam sektor-sektor baharu muncul, seperti kecerdasan buatan dan bioteknologi.
Beliau mengesahkan hubungan kuat Singapura dengan Sichuan pada hari pertama lawatan seminggu beliau ke China.
Lawatan enam hari Encik Teo ke Sichuan, Zhejiang dan Beijing itu bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Lawatan Menteri Kanan Teo Chee Hean ke China bermula di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan.
Ini kali pertama Encik Teo melakukan lawatan ke China sejak 2019.
Hubungan perdagangan antara Singapura dengan Sichuan terus berkembang,
mencapai rekod AS$2.7 bilion (S$3.6 bilion) pada 2022.
Semasa di Sichuan, Encik Teo antara lain melawat Taman Inovasi Teknologi Canggih Singapura-Sichuan atau SSCIP.
Beliau diperkenalkan kepada beberapa syarikat milik Singapura, yang menjadikan Chengdu pangkalan bagi mengembangkan syarikat mereka di China.
Semasa mesyuarat dengan Setiausaha Agung Parti Sichuan, Encik Teo memuji rakyat dan produk Sichuan.
"Saya juga gembira melihat terdapat kerjasama dan perkongsian yang baik antara pelbagai syarikat di Singapura dan syarikat di Sichuan. Ini termasuk dalam industri aeroangkasa, juga dalam automasi industri dan sektor kecerdasan buatan, semakin meningkat juga dalam sektor bioteknologi dan biopharma.
"Saya fikir ini semua adalah kawasan baharu untuk berkembang untuk masa hadapan, di Sichuan dan di Singapura. Jadi kami menantikan peluang selanjutnya untuk bekerjasama dengan Sichuan," jelas Encik Teo.
Setiausaha Parti Sichuan Wang Xiaohui pula menekankan peranan Singapura selaku sumber kedua terbesar bagi pelaburan asing di wilayah ini.
Sichuan katanya boleh belakar daripada pengalaman Singapura.

Sumber : CNA/AI/DA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.