Teo Chee Hean lakukan lawatan rasmi ke China dari 17 hingga 22 Mac
Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean melakukan lawatan rasmi ke China mulai hari ini (17 Mac) hingga ke Jumaat (22 Mac).
Semasa lawatan itu, beliau akan bertemu dengan para pemimpin kanan di Beijing.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin wilayah di Sichuan dan Zhejiang.
Selain itu, Encik Teo juga akan melawat Taman Inovasi Teknologi Canggih Singapura-Sichuan di Sichuan dan Taman Sains dan Teknologi Singapura-Hangzhou di Zhejiang.
Beliau akan diiringi oleh beberapa Menteri Negara Kanan serta para pegawai dari pelbagai kementerian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.