Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teo Chee Hean, bakal ketua eksekutif Hong Kong sahkan komitmen kerjasama dua hala kedua negara

Anggaran Waktu Membaca:
Teo Chee Hean, bakal ketua eksekutif Hong Kong sahkan komitmen kerjasama dua hala kedua negara

Menteri Kanan Singapura Teo Chee Hean dan bakal Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee. (Gambar: MCI)

SINGAPURA: Menteri Kanan Singapura Teo Chee Hean dan bakal Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee mengesahkan semula komitmen mereka untuk meneruskan kerjasama dua hala ketika mereka bertemu hari ini (1 Jun).

Mereka juga mengesahkan hubungan muhibah antara Singapura dengan Hong Kong dan mengalu-alukan lebih banyak kerjasama antara kedua-dua khidmat awam itu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan media.

Encik Teo, yang merupakan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara berada di Hong Kong dari 29 Mei hingga 1 Jun untuk lawatan kerja.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Encik Lee atas kejayaannya dalam pilihan raya dan menyampaikan undangan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada bakal ketua eksekutif itu untuk melawat Singapura.

Encik Lee, iaitu mantan ketua keselamatan, adalah satu-satunya calon yang mengambil alih kepimpinan daripada Cik Carrie Lam.

Dalam mesyuarat hari ini, Encik Teo dan Encik Lee juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di kedua-dua bandar dan rantau yang lebih luas.

Encik Teo menzahirkan keyakinan bahawa Singapura dan Hong Kong akan terus maju bersama dan menyumbang kepada ekonomi rantau ini.

Encik Teo, bersama Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Cik Lam pada Isnin (30 Mei).

Cik Lam akan menamatkan penggal lima tahun pada 30 Jun.

Semasa pertemuan itu, Cik Lam dan Encik Teo mengesahkan semula hubungan rapat yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Hong Kong, berdasarkan pertukaran peringkat tinggi, kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan