Skip to main content

Singapura

Teo Chee Hean bakal bertemu pemimpin Hong Kong dalam lawatan 4 hari

Anggaran Waktu Membaca:
Teo Chee Hean bakal bertemu pemimpin Hong Kong dalam lawatan 4 hari

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 29 May 2022 08:50PM Dikemas Kini : 29 May 2022 11:06PM

SINGAPURA: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Hong Kong mulai hari ini (29 Mei) hingga Rabu (1 Jun).

Beliau akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa lawatannya ke Hong Kong itu.

Encik Teo akan bertemu bakal Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee, Ketua Eksekutif sedia ada, Carrie Lam, dan mantan pemimpin wilayah pentadbiran khas China itu, CY Leung.

Para pemimpin tersebut dijangka mengesahkan lagi hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

Mereka juga dijangka saling bertukar-tukar pandangan mengenai kemajuan di kedua-dua bandar dan rantau ini.

Sumber : CNA/AI/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita