Tentukan harga air yang betul bagi SG melabur dalam infrastruktur dan inovasi cabaran air
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Kementerian Kemampanan dan Sekitaran menyatakan menetapkan harga air yang betul, membolehkan Singapura untuk melabur dalam infrastruktur dan inovasi.
Ini bagi menangani cabaran sumber air yang terhad.
Di Kongres Air Sedunia yang diadakan di Beijing pada Isnin (11 Sep), Menteri Negara Kanan Amy Khor berkata bahawa kadar perubahan iklim yang lebih cepat dan usaha perbandaran mengancam jaminan bekalan air.
Dr Khor berkata Singapura menetapkan harga air pada kadar yang betul untuk mencerminkan kos menghasilkan air berharga yang seterusnya.
Ia membolehkan pelaburan yang besar bagi bekalan air yang berdaya tahan dan mampan.
Ini termasuk Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS), di mana air yang sudah digunakan dikumpul dan dikitar semula.
Kali terakhir Singapura menyemak semula harga air sebanyak 30 peratus adalah pada 2017 dan 2018, dalam dua fasa.
Seorang penganalisis berpendapat bahawa semakan semula terhadap harga air tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.