Skip to main content

Singapura

Tentera Udara SG, Malaysia jalani latihan 3 hari tingkat operasi mencari & menyelamat

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Udara SG, Malaysia jalani latihan 3 hari tingkat operasi mencari & menyelamat

Singapura dan Malaysia menamatkan latihan tiga hari yang bertujuan meningkatkan penyelarasan operasi mencari dan menyelamat secara bersama. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 05 Sep 2025 10:58PM Dikemas Kini : 05 Sep 2025 11:07PM
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia menamatkan latihan tiga hari yang bertujuan meningkatkan penyelarasan operasi mencari dan menyelamat secara bersama.

Helikopter dan para anggota tentera udara dari kedua-dua negara mengambil bahagian dalam latihan tahun ini, yang diadakan di Pangkalan Udara Sembawang.

Ia termasuk latihan pemindahan perubatan helikopter secara bersama.

Para anggota tentera juga melakukan simulasi mencari mangsa yang terselamat di bahagian selatan perairan Singapura.

Latihan dua hala ini bertujuan meningkatkan hubungan antara Tentera Udara kedua-dua negara dan kakitangan masing-masing.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita