Tentera S'pura & Amerika Syarikat jalankan Latihan Tiger Balm secara fizikal buat pertama kali sejak pandemik COVID-19
SINGAPURA: Latihan Tiger Balm - iaitu latihan dua hala paling lama dijalankan antara tentera Singapura dan Amerika Syarikat - akan berakhir pada Jumaat (17 Jun).
Lebih 1,000 anggota dari kedua-dua pihak terlibat dalam edisi ke-41 Exercise Tiger Balm ini.
Latihan operasi bersepadu di kawasan bandar, yang bermula 6 Jun lalu, diadakan di Kemudahan Latihan Bandar Murai di Lim Chu Kang.
Ia juga kali pertama latihan diadakan secara fizikal sejak pandemik melanda.
Latihan tersebut, yang diadakan buat julung-julung kalinya pada 1981, "membolehkan kedua-dua pasukan tentera untuk berkongsi taktik, teknik dan prosedur," menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan media pada Khamis (16 Jun).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.