Tentera SG selesai latihan bersama Amerika Syarikat, Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/ The Singapore Army)
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menamatkan dua latihan ketenteraan bersama Indonesia dan Amerika Syarikat, sedang Singapura terus mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala dengan negara-negara lain.
Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) selesai menjalani latihan enam hari bersama tentera laut Indonesia hari ini (19 Mei).
Latihan tersebut dijalankan di Batam dan perairan Bintan, yang melibatkan lebih daripada 230 orang dan empat kapal dari kedua-dua tentera laut.
Kedua-dua pihak berkongsi pengalaman tentang cara memburu lombong, teknik menyelam dan menaiki kapal.
Mereka juga berlatih untuk menangani ancaman lombong, operasi menyelam dan menembak menggunakan peluru betul.
SAF juga selesai menjalani latihan bersama tentera Amerika, yang berlangsung dari 6 hingga 17 Mei.
670 kakitangan dari kedua-dua negara mengambil bahagian.
Jet F-15SG Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) juga menyertai latihan tersebut buat kali pertama.
Mereka berlatih untuk menyelaraskan pelbagai bahagian tentera.
Kedua-dua negara juga menjalankan latihan untuk mempertahankan diri daripada bahan letupan buatan sendiri, serta serangan kimia, biologi dan radiologi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.