Skip to main content

Singapura

Tentera Laut Singapura tauliahkan 3 kapal perang litoral hari ini

Tentera Laut Singapura (RSN) mentauliahkan tiga kapal litoralnya iaitu RSS Fortitude, Dauntless dan Fearless di Pangkalan Tentera Laut Tuas hari ini (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Laut Singapura tauliahkan 3 kapal perang litoral hari ini
Diterbitkan : 31 Jan 2020 07:39PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 07:42PM

SINGAPURA: Tentera Laut Singapura (RSN) mentauliahkan tiga kapal litoralnya iaitu RSS Fortitude, Dauntless dan Fearless di Pangkalan Tentera Laut Tuas hari ini (31 Jan).

Kapal-kapal itu adalah yang terakhir daripada lapan kapal RSN yang digunakan bagi melindungi perairan Singapura serta menyumbang kepada usaha menjaga keamanan dan keselamatan serantau.

Kementerian Pertahanan menyatakan kapal-kapal tersebut dilengkapi dengan teknologi lebih bijak dan kemampuan lebih canggih.

Sebagai contoh, tiang kapal itu direka untuk diletakkan sensor di dalamnya bagi melindungi peralatan tersebut daripada sekitaran maritim.

Kesemua lapan kapal sudah dapat beroperasi dalam tempoh empat setengah tahun selepas kapal pertama dilancarkan.

Beberapa buah kapal itu sudah digunakan dalam operasi-operasi keselamatan termasuk Sidang Puncak Trump-Kim di negara ini.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita