Tentera Laut S'pura sertai pelayaran berbilang negara, perbaiki keupayaan berperang
Tentera Laut Singapura (RSN) menyertai pelayaran berbilang negara dari Guam ke Hawaii. Acara itu diadakan menjelang Latihan Lembangan Pasifik atau Latihan RIM-PAC.
SINGAPURA: Tentera Laut Singapura (RSN) menyertai pelayaran berbilang negara dari Guam ke Hawaii. Acara itu diadakan menjelang Latihan Lembangan Pasifik atau Latihan RIM-PAC.
RSS Tenacious menyertai kapal-kapal perang tentera laut India, Jepun, Filipina dan Amerika Syarikat dalam melakukan latihan semasa pelayaran ke Hawaii.
MINDEF menyatakan Latihan RIM-PAC dan Kumpulan Pelayaran Berbilang Negara adalah wadah yang penting untuk RSN memperbaiki keupayaan berperang, mengukuhkan operasi bersama dan hubungan profesional dengan tentera laut negara-negara lain.
Ini adalah tahun keenam RSN menyertai Latihan RIM-PAC yang merupakan latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.