Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tentera laut pastikan laluan kapal perdagangan selamat meskipun dengan risiko COVID-19

Kakitangan sebuah unit Tentera Laut Republik Singapura (RSN) perlu memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) apabila berada di atas kapal untuk memeriksa kapal-kapal lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2020 08:11PM Dikemas Kini : 19 May 2020 12:07AM

SINGAPURA: Kakitangan sebuah unit Tentera Laut Republik Singapura (RSN) perlu memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) apabila berada di atas kapal untuk memeriksa kapal-kapal lain.

Unit RSN itu juga mengurangkan komunikasi lisan ketika membuat pemeriksaan sebagai usaha untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Skuadron 180 RSN bersama pasukan keselamatan lain di laut bertugas memastikan laluan yang selamat untuk kapal-kapal perdagangan yang belayar di Selat Singapura.

Lebih daripada 550 operasi menaiki kapal dijalankan setiap tahun.

Buat masa ini, separuh daripada anak kapal unit RSN tersebut merupakan anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa.

Disebabkan peraturan jarak selamat, skuadron itu perlu beroperasi dalam pasukan yang lebih kecil. 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan