Skip to main content

Singapura

Tender utama bina T5 Lapangan Terbang Changi dilancar pada Mac, kata Chee Hong Tat

Anggaran Waktu Membaca:
Tender utama bina T5 Lapangan Terbang Changi dilancar pada Mac, kata Chee Hong Tat

Pemerintah sedang meninjau kemungkinan membenarkan badan-badan berkanun serta syarikat-syarikat milik negara untuk memanfaatkan pasaran modal bagi membiayai projek-projek besar seperti Terminal 5 Lapangan Terbang Changi.

SINGAPURA: Tender utama yang pertama bagi kerja-kerja membina Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi dilancarkan pada Mac oleh Changi Airport Group (CAG).

Demikian menurut Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Khamis (25 Apr).

Tender itu meliputi kerja-kerja membina asas dan ruang bawah tanah bangunan terminal baharu itu, kata Encik Chee di majlis tahunan Anugerah Syarikat Penerbangan Changi, di Hotel Fullerton, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Pembinaan Terminal 5 dijadualkan bermula pada 2025 dengan kerja-kerja membina laluan penghubung bawah tanah antara Terminal 2 dengan Terminal 5 juga sudah bermula.

Apabila siap kelak pada pertengahan 2030-han, terminal baharu itu boleh mengendalikan sehingga 50 juta penumpang setahun iaitu lebih daripada kapasiti Terminal 1 dan 3 yang digabungkan.

"Permintaan global bagi perjalanan udara akan terus berkembang, dengan rantau Asia-Pasifik menikmati kadar pertumbuhan paling pesat dalam trafik penumpang sepanjang tempoh dua dekad akan datang.

"Kami merancang dan membina lebih awal untuk memastikan hab udara Changi dapat memenuhi permintaan yang bertambah ini," kata Encik Chee.

T5 akan terletak di dalam pembangunan Changi East baharu seluas 1,080 hektar, projek perluasan terbesar Lapangan Terbang Changi setakat ini, tiga kali ganda saiz Marina Bay.
Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita