Skip to main content

Singapura

Tender rundingan reka bentuk dianugerahkan bagi kompleks urus mayat di Bidadari

Bagaimanapun, ruang simpan abu mayat atau tempat membakar mayat tidak disediakan di kompleks itu, tambah kedua-dua agensi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tender rundingan reka bentuk dianugerahkan bagi kompleks urus mayat di Bidadari

Lukisan kompleks urus mayat baru di Bidadari. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 04:03PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 04:05PM

SINGAPURA: Tender rundingan reka bentuk bagi sebuah kompleks urus mayat yang baru di Bidadari yang dijadualkan siap pada 2025 diberikan kepada sebuah pasukan diterajui LAUD Architects, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (3 Nov).

NEA dan HDB mengumumkan pada 2018 bahawa rumah-rumah urus mayat di Kompleks Kolumbarium Mount Vernon akan dibangunkan semula sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah untuk memenuhi permintaan bagi kemudahan dan khidmat urus abu mayat di tengah-tengah penduduk Singapura yang semakin menua.

Kompleks itu akan didirikan dalam kawasan seluas 1.1 hektar berbanding kompleks sekarang seluas 7.1 hektar.

Apabila siap dibina, ia akan menawarkan " khidmat yang menyeluruh", menurut kedua-dua agensi itu termasuk 12 dewan upacara, kedai menjual bunga serta bilik mesyuarat.

Sebuah kedai minuman dan makanan juga akan disediakan kepada orang ramai, menurut NEA dan HDB.

Bagaimanapun, ruang simpan abu mayat atau tempat membakar mayat tidak disediakan di kompleks itu, tambah kedua-dua agensi itu.

"Kompleks urus mayat yang baru itu akan mempunyai kemudahan moden yang menyediakan sekitaran penuh hormat bagi masyarakat," jelas kedua-dua agensi berkenaan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita