Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tender dibuka bagi kajian kejuruteraan untuk selamatkan East Coast daripada tenggelam

Usaha sedang dipertingkat bagi menyelamatkan kawasan East Coast daripada paras air laut yang semakin meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2020 07:43PM Dikemas Kini : 23 Aug 2020 08:37PM

SINGAPURA: Usaha sedang dipertingkat bagi menyelamatkan kawasan East Coast daripada paras air laut yang semakin meningkat.

Agensi Perlindungan Laut membuka tender bagi satu kajian kejuruteraan untuk meneliti langkah penyesuaian dari kawasan bandar hingga ke Changi. Mediacorp difahamkan bahawa kajian itu mungkin mengambil masa empat tahun.

Kawasan di tenggara Singapura itu berisiko tenggelam menjelang hujung kurun ini jika paras air laut terus meningkat. Namun, penampang buatan manusia mungkin satu cara mesra alam untuk mengekang masalah tersebut.

Direka untuk menahan ombak dan menghindarkan hakisan, dinding laut diperbuat daripada blok-blok konkrit yang beralur bagi melindungi hidupan laut seperti ketam.

Dinding yang dibina di Hong Kong itu mungkin dibawa ke kawasan pantai Singapura selepas syarikat pengeluarnya, AECOM, cuba mendapatkan tender bagi satu kajian agensi perlindungan laut tempatan.

Kajian itu akan meneroka tahap perlindungan yang diperlukan untuk bahagian pesisir yang mudah terdedah antara kawasan bandar dengan Changi. Ia juga akan mencari huraian kejuruteraan yang berpotensi seperti menambak beberapa pulau luar pesisir untuk membuat takungan air tawar iaitu satu idea yang sudahpun disarankan.

Singapura menyatakan huraian-huraian itu boleh menelan belanja S$100 bilion sepanjang 100 tahun akan datang.

Tender itu sudah dilanjutkan dua kali menyusuli minat yang memberangsangkan dengan pemenangnya dijangka diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Namun, ada bahaya penampang laut itu mungkin tidak dapat bertahan jika pengeluaran gas karbon meningkat. Malah, menurut satu kajian baru-baru ini, kawasan paya bakau yang sebelum ini menjadi pelindung semula jadi, mungkin lenyap dalam tempoh 30 tahun.

"Anda perlu menyesuaikan pantai Singapura agar lebih dilindungi daripada paras air laut yang meningkat pada masa akan datang tetapi anda juga perlu mengurangkan karbon dioksida. Anda tidak mahu membuang duit melakukan penyesuaian yang tidak berkesan dalam masa 20 atau 30 tahun," kata Profesor Benjamin Horton, Pengarah Balai Cerap Bumi Singapura.

Tender bagi kajian itu akan ditutup pada 27 Ogos ini. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan