Tender bagi bazar Ramadan Geylang Serai tidak diberikan kepada pembida tertinggi, jelas MCCY
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Hanidah Amin/CNA
SINGAPURA: Tender bagi bazar Ramadan Geylang Serai tahun ini tidak diberikan kepada pembida tertinggi, menurut Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia Edwin Tong pada Jumaat (21 Apr).
"Tujuannya bukan untuk mendapatkan pembida dengan harga tertinggi, tetapi pembida dengan kepakaran dan usul terbaik," kata beliau di parlimen.
"Secara khususnya bagi bazar dengan saiz dan skala Geylang Serai... penting untuk mendapatkan atur cara program serta cara betul bagaimana bazar itu akan dikendalikan dengan selamat bagi kedua-dua pegerai dan pelanggan.
"Itulah sebabnya kami mencari pengendali yang profesional serta yang mempunyai pengalaman."
Encik Tong berkata demikian sebagai memberi respons kepada soalan Anggota Parlimen (AP) Faisal Manap (WP-Aljunied) tentang bagaimana Persatuan Rakyat (PA) memastikan harga sewa gerai di pameran perdagangan dan bazar kekal dimampui.
Terdapat aduan mengenai kos sewa yang tinggi bagi bazar Ramadan Geylang Serai tahun ini, yang dianjurkan secara bersama oleh S-Lite Event Support, TLK Trade Fair and Events dan Enniche Global Trading, sejak ia dimulakan pada 17 Mac. Bazar itu berakhir pada Jumaat (21 Apr).
Selain kos menyewa gerai di bazar, sebilangan pegerai juga memberitahu Mediacorp bahawa jumlah pengunjung tahun ini nampaknya berkurangan dan bahawa pihak penganjur tidak berusaha dengan mencukupi untuk menghadkan jumlah gerai yang menjual makanan atau produk serupa.
Dalam jawapannya, menteri itu berkata proses tender terbuka dibuka bagi pameran perdagangan dan bazar yang dianjurkan atas tanah pemerintah bagi melantik "pengendali adil yang profesional".
PA tidak mengendalikan pameran perdagangan atau bazar, tetapi ia menetapkan syarat-syarat dan perincian tertentu bagi pengendali demi memastikan acara berkenaan dijalankan dalam sekitaran kondusif dan selamat untuk para pegerai serta pelanggan.
Pihak yang berjaya mendapat tender perlu mematuhi syarat-syarat tender, jelasnya. Pihak itu kemudian menetapkan kadar sewa tertentu bagi gerai-gerai dengan mengambil kira faktor-faktor seperti tempoh masa dan lokasi acara selain jenis perniagaan berdasarkan kadar pasaran.
"Entiti atau individu yang berhasrat membuat bidaan bagi sebuah gerai akan tahu terlebih dahulu kadar yang mungkin bakal dikenakan, serta butiran lanjut tentang cara pameran atau bazar itu dikendalikan. Mereka kemudian boleh membuat penilaian sendiri sama ada mereka mahu membuat bidaan," kata beliau.
Encik Tong berkata rangka kerja yang disebutkan itu digunakan bagi bazar Ramadan Geylang Serai yang sedang berlangsung, sambil menambah bahawa proses tender terbuka memikat "beberapa" bidaan.
"Dalam menimbangkan tender itu, harga adalah salah satu faktornya. Bagi kes bazar itu, tender tidak diberikan kepada pembida dengan harga tertinggi," menurut menteri tersebut.
Encik Faisal juga bertanya sama ada sebuah tinjuan boleh dipertimbangkan bagi mendapat tahu berapa banyak perniagaan yang mengalami kerugian, berhasil mendapat pulangan pokok penjualan mereka dan meraih keuntungan semasa bazar itu, dengan dapatan itu dikongsikan kepada umum bagi "membolehkan isu itu diselesaikan dengan baik dalam menangani keprihatinan awam".
Dalam jawapannya, Encik Tong berkata para pegerai tidak perlu mengisytiharkan hasil mereka kepada PA tetapi secara ringkasnya, bukti mencadangkan sebilangan pegerai berjaya memperoleh kembali kos sewa mereka "sekitar pertengahan tempoh bazar dianjurkan" manakala yang lain mengambil masa lebih lama.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.