Skip to main content

Singapura

Tender akan dibuka pada 2026 untuk bangunkan tapak lumba kuda Kranji bagi perumahan

Sebuah tender untuk menyediakan rancangan terperinci bagi kawasan perumahan terbaharu di tapak lumba kuda Kranji akan dibuka tahun depan.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Dec 2025 08:36PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 01:40PM
SINGAPURA: Sebuah tender untuk menyediakan rancangan terperinci bagi kawasan perumahan terbaharu di tapak lumba kuda Kranji akan dibuka tahun depan.

Ia adalah sebahagian daripada draf pelan induk terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang sudah pun diwartakan.

Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata ia akan menyediakan panduan bagi penggunaan tanah di Singapura bagi dekad akan datang dan seterusnya.

Pelan induk URA dikemas kini setiap lima tahun.

Encik Chee menambah kerja-kerja persiapan juga sedang dijalankan bagi kawasan perumahan yang akan dibangunkan di Bukit Timah Turf City.

Menurut Encik Chee, URA juga sedang mempertimbangkan lebih banyak kemudahan masyarakat dan rekreasi.

Antaranya termasuk sebuah pusat baharu di koridor kereta api berdekatan Queensway.

Pembangunannya dijangka bermula tahun depan dan akan selesai dalam sekitar dua atau tiga tahun.

Encik Chee juga berkata sebuah tapak kosong berhampiran Park Street di Marina Bay dijangka akan digunakan untuk sementara waktu bagi tujuan sukan.

Bagi perumahan, beliau berkata pemerintah akan terus menyediakan rumah bermutu di serata negara, yang disokong rangkaian pengangkutan serta pelbagai kemudahan.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita