Skip to main content

Singapura

Tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak akan diberi masa khusus rancang pelajaran: MSF

Para guru pendidikan awal kanak-kanak tidak lama lagi akan diberi masa khusus sewaktu bekerja, untuk tugasan di luar kelas, seperti merancang pelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Apr 2026 10:32PM Dikemas Kini : 28 Apr 2026 08:59PM
SINGAPURA: Para guru pendidikan awal kanak-kanak tidak lama lagi akan diberi masa khusus sewaktu bekerja, untuk tugasan di luar kelas, seperti merancang pelajaran.

Ia bertujuan menyokong kesejahteraan pendidik dalam sektor itu yang kini berkembang kepada 28,000 orang guru.

Jumlah tersebut meningkat 20 peratus berbanding tahun 2021.

Malah, minda seorang pendidik di peringkat prasekolah sentiasa bekerja, dan semasa pengajaran, tiada apa yang terlepas daripada perhatian mereka.

Lantaran itu, mempunyai lebih banyak masa untuk melapangkan minda dan merenung kembali, penting bagi pendidik.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang bekerjasama dengan sektor berkenaan untuk mengukuhkan penggunaan masa oleh golongan tenaga pengajar.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Goh Pei Ming berkata: "Usaha-usaha ini bertujuan menyokong pendidik dalam kerja harian, dan memastikan anda boleh terus berkembang dan berjaya dalam keadaan yang tepat bagi kerjaya ini."
Sumber : CNA/IQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita