Skip to main content

Singapura

Tenaga kerja fintech dijangka naik sekitar 30%

Anggaran Waktu Membaca:
Tenaga kerja fintech dijangka naik sekitar 30%

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 15 Nov 2023 07:02PM Dikemas Kini : 15 Nov 2023 07:04PM
SINGAPURA: Tenaga kerja di Teknologi Kewangan (FinTech) dijangka tumbuh sekitar 30 peratus dalam tempoh satu atau dua tahun mendatang.

Firma-firma bersikap optimis untuk 2024, sekalipun menghadapi cabaran seperti naik turun pasaran kripto sepanjang tahun ini.

Demikian antara dapatan laporan yang dikeluarkan Persatuan FinTech Singapura dan Accenture Singapore.

Menurut laporan tersebut, kira-kira 22 peratus lebih banyak syarikat FinTech menjangkakan pertumbuhan yang berterusan, namun pada rentak lebih perlahan.

Firma-firma menyatakan pendanaan dan pelaburan yang terhad serta perubahan kepada peraturan kawal selia bakal menjejas pengambilan pekerja.

Laporan itu juga mendapati rujukan daripada pekerja dan portal pekerjaan online antara saluran utama yang digunakan syarikat FinTech untuk mencari bakat.

Walaupun terdapat cabaran seperti jangkaan gaji lebih tinggi, secara keseluruhan, trend pengekalan pekerja juga kekal stabil.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita