Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Temu duga secara fisikal, pemilihan bagi DSA disambung semula

Anggaran Waktu Membaca:
Temu duga secara fisikal, pemilihan bagi DSA disambung semula

Gambar: Facebook/Chan Chun Sing

SINGAPURA: Pelajar yang merancang untuk memohon ke sekolah menengah dan maktab rendah tahun depan melalui skim Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) boleh menghantar permohonan mereka mulai Khamis (5 Mei).

Temu duga secara fisikal dan pemilihan dibenarkan disambung semula di sekolah menengah dan maktab rendah (JC) mengambil bahagian dalam DSA tahun ini.

DSA memberi peluang kepada pelajar untuk masuk ke sekolah menengah atau maktab rendah secara langsung berdasarkan bakat dan pencapaian mereka.

"Memandangkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan pelajar dan kakitangan di sekolah, MOE(Kementerian Pendidikan) akan membenarkan temu duga secara fisikal dan pemilihan untuk skim DSA 2022," menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (4 Mei).

LEBIH BANYAK PELAJAR MELALUI DSA

142 sekolah menengah dan 20 maktab rendah megambi; bahagian dalam DSA tahun ini.

Sejak 2018, sekolah menengah boleh mengambil sehingga 20 peratus pelajar Menengah 1 melalui skim DSA.

Mulai tahun ini, MOE akan menambah tempat bagi pelajar ke maktab rendah pemerintah dan maktab rendah bantuan pemerintah (GGA) melalui DSA kepada 20 peratus berbanding 10 peratus sekarang ini.

Maktab Rendah terbabit adalah h Anderson Serangoon, Anglo-Chinese, Catholic, Eunoia, Jurong Pioneer, Kebangsaan, Nanyang, St. Andrew's, Tampines Meridian, Temasek, Victoria dan Yishun Innova.

"Lebih banyak pelajar kini boleh memohon ke Maktab Rendah berdasarkan pencapaian dan bakat mereka, yang mungkin tidak dipamerkan dalam peperiksaan 'O' mereka," kata MOE.

Pelajar yang mengambil bahagian dalam skim DSA masih dikehendaki mengambil peperiksaan PSLE atau GCE peringkat 'O' mereka," tambah MOE.

Jika DSA ditawarkan, pelajar harus membuat keputusan sebelum tarikh akhir iaitu sebelum keputusan peperiksaan nasional dikeluarkan.

Pelajar yang ingin memohon ke sekolah menengah menerusi DSA boleh berbuat demikian melalui portal online dari 11.00 pagi esok (5 Mei) hingga 3.00 petang, 1 Jun.

Akaun Singpass ibu atau bapa pelajar diperlukan untuk mendaftar melalui portal online.

Bagi mereka yang memohon ke maktab rendah, MOE menggesa pemohon supaya menyemak laman web DSA-JC bagi tarikh dan garis masa yang penting.

KEMASUKAN AWAL KE ITE, POLITEKNIK

MOE juga mengumumkan bahawa permohonan bagi kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik berdasarkan kebolehan berkaitan kursus dan minat masing-masing bermula pada 26 Mei dan 6 Jun.

Skim Kemasukan Awal (EAE) menyediakan laluan kepada graduan ITE, pelajar peringkat 'N' dan 'O' serta juga dewasa yang bekerja untuk memohon dan menerima tawaran masuk bersyarat ke ITE dan politeknik.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan