Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh tebus Baucar SRV dilanjutkan sejam selepas pengguna laporkan isu teknikal

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melanjutkan tempahan online bagi Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) selepas menerima permintaan tinggi bagi tempahan saat-saat akhir, yang menyebabkan kesulitan teknikal bagi sebilangan pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
 Tempoh tebus Baucar SRV dilanjutkan sejam selepas pengguna laporkan isu teknikal

Gambar fail kaunter fizikal bagi menebus Baucar Teroka Semula Singapura (SRV). (Gambar: Facebook/Singapore Tourism Board)

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melanjutkan tempahan online bagi Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) sehingga pukul 1.00 pagi pada Sabtu (1 Jan) selepas menerima permintaan tinggi bagi tempahan saat-saat akhir, yang menyebabkan kesulitan teknikal bagi sebilangan pengguna.

Baucar-baucar itu pada mulanya hanya boleh ditebus online sahaja sehingga pukul 11.59 malam pada Jumaat malam (31 Dis).

Bagaimanapun, para pengguna melaporkan beberapa isu mengakses laman-lamannya bagi Klook, GlobalTix dan ChangiRecommends, Traveloka dan Trip.com sebelum tarikh tamat tempoh itu.

Dalam komennya di Facebook pada pukul 11.58 malam, STB menyatakan pihaknya sudahpun "menyediakan sumber-sumber dan sokongan teknikal tambahan" untuk menyokong jumlah tinggi panggilan dan urus niaga online pada saat-saat akhir.

"Walau bagaimanapun, kekecohan saat-saat akhir untuk membuat tempahan online itu menyebabkan sebilangan pengguna mengalami kesulitan teknikal, yang mana kami tanganinya secepat mungkin," jelas STB.

"Untuk memberi pengguna lebih banyak masa, tarikh tamat tempoh bagi tempahan online dilanjutkan hingga pukul 1.00 pagi."

Orang ramai juga dapat menebus baucar-baucar itu di kelab-kelab masyarakat (CC) dan pusat-pusat jawatankuasa penduduk (RC) sehingga pukul 6.00 petang pada Jumaat.

Dalam catatan lebih awal, STB menyatakan kaunter-kaunter fizikal dan rakan-rakan tempahan yang sah "mengalami kesesakan teruk" menjelang tarikh tamat tempoh tempahan itu.

Pada November, STB melanjutkan tarikh tamat tempoh bagi lawatan menggunakan SRV kepada 31 Mac, tetapi tempahan harus dibuat menjelang 31 Disember.

Skim baucar tersebut, yang dilancarkan bagi meningkatkan sektor pelancongan di tengah-tengah COVID-19, pada mulanya ditamatkan pada hujung bulan Jun 2021.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan