Tempoh tahap keselamatan dipertingkat dilanjutkan lagi 3 bulan hingga hujung Mei, perkenal hukuman & denda lebih berat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempoh keselamatan dipertingkat yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat dalam industri-industri berisiko tinggi akan dilanjutkan selama tiga bulan dari 1 Mac sehingga hujung bulan Mei.
Langkah-langkah tambahan seperti hukuman dan denda yang lebih berat juga akan dikenakan jika syarikat-syarikat melanggar peraturan keselamatan di tempat kerja.
Demikian diumumkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (10 Feb).
MOM menyatakan bahawa tempoh keselamatan yang dipertingkat diperkenalkan pada September tahun lalu.
Ia dikuatkuasakan selama enam bulan untuk menangani "keprihatinan yang meningkat" terhadap jumlah kematian di tempat kerja.
Sejak permulaan 2023, empat kematian di tempat kerja dilaporkan. Kematian terkini melibatkan seorang pekerja yang meninggal dunia pada awal bulan ini, selepas beberapa pintu kaca tumbang lalu menghempapnya.
"Berdasarkan trend-trend sebelum ini, tempoh pasca Tahun Baru Cina menyaksikan bilangan kecederaan di jalan raya yang lebih tinggi sedang syarikat-syarikat mengejar masa untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh," dedah MOM.
MOM menekankan bahawa tahap waspada dan berjaga-jaga perlu dikekalkan.
LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN
Sepanjang tempoh keselamatan yang dipertingkatkan itu, syarikat-syarikat dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pembetulan untuk menyemak semula penilaian risiko dan meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja masing-masing.
Ia dikenakan ke atas semua syarikat binaan, pengilangan, pengangkutan dan penyimpanan, industri marin dan pemprosesan, serta sektor-sektor lain yang menggunakan kenderaan berat atau kenderaan perindustrian.
Kementerian itu akan menguatkuasakan langkah-langkah tambahan sepanjang tempoh yang dilanjutkan itu.
Misalnya, denda maksimum kerana melanggar syarat-syarat kesihatan dan keselamatan di tempat kerja (WSH) yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan serius akan dinaikkan dari S$20,000 sehingga S$50,000.
Bagi syarikat-syarikat yang didapati melanggar WSH menyusuli kemalangan serius atau yang membawa maut di tempat kerja, CEO atau pengarah lembaga mesti menghadiri kursus latihan separuh hari secara fizikal.
Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC) akan melancarkan satu kempen nasional pada bulan April untuk menggalak para pekerja dan orang awam melaporkan amalan-amalan tidak selamat di tempat kerja.
MOM menyatakan bahawa kadar kematian di tempat kerja bagi setiap 100,000 pekerja bertambah baik semasa tempoh tahap keselamatan yang dipertingkatkan, di mana ia menyaksikan kemerosotan dari 1.5 bagi tempoh antara Januari sehingga Ogos tahun lalu, kepada 0.8 dalam empat bulan terakhir tahun ini.
Kadar kecederaan serius bagi setiap 100,000 pekerja meningkat dari 16.8 kepada 18.7 sepanjang tempoh yang sama.

Sumber : CNA/LL/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.