Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh proses pasport 1-2 minggu; buat permohonan sekarang jika mahu keluar negara hujung tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh proses pasport 1-2 minggu; buat permohonan sekarang jika mahu keluar negara hujung tahun

Pasport Singapura. (Gambar Fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Tempoh memproses permohonan bagi pasport buat masa ini adalah sekitar satu hingga dua minggu.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (19 Sep), sambil menambah mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara hujung tahun ini harus membuat permohonan sekarang bagi pasport.

Tempoh memproses pasport sangat bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima, menurut ICA semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. Berdasarkan trend sebelum COVID-19, tempoh jumlah paling tinggi permohonan bagi pasport lazimnya antara Oktober dengan Disember.

Para pemohon juga harus menimbangkan faktor tempoh tambahan untuk membuat temu janji mengambil pasport mereka.

"ICA terus menggesa rakyat Singapura yang merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara pada hujung tahun supaya membuat permohonan pasport mereka sekarang jika pasport mereka sudah luput atau tarikh luputnya kurang enam bulan dari sekarang."

Rakyat Singapura yang lambat membuat permohonan berisiko untuk tidak dapat mendapat pasport sebelum tarikh mereka melakukan perjalanan.

ICA menyatakan ia sudah merekrut para pegawai dan mengerahkan semula sumber-sumber untuk mengendalikan jumlah meningkat permohonan pasport, sambil menambah ia bekerjasama dengan Singapore Post (SingPost) untuk mempergiat kapasiti pengeluaran pasport.

"Gabungan usaha itu banyak mempertingkat keadaan berhubung pasport," menurut ICA.

Pada Ogos, ICA juga menggesa rakyat Singapura yang merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara pada hujung tahun agar membuat permohonan untuk "mengelak satu lagi lonjakan jumlah permohonan pasport menjelang hujung tahun" dan memberikan tempoh mencukupi untuk ICA memenuhi permohonan bagi perjalanan hujung tahun.

Pada April tahun ini, ICA menyatakan disebabkan jumlah permohonan baegitu tinggi bagi pasport, tempoh proses akan lebih panjang, sekurang-kurangnya sebulan.

Ini pertambahan enam minggu pada Mei, dengan ICA menyatakan jumlah "luar biasa" permohonan menjadi sebab kelengahan tersebut.

Para pemohon boleh memeriksa status permohonan mereka menerusi laman ICA atau MyICA Mobile.

Mereka yang pasportnya sudah siap untuk diambil akan menerima kiriman emel atau kad pemberitahuan berwarna merah jambu daripada ICA.

"Mereka kemudian boleh membuat janji temu online untuk mengambil pasport mereka daripada Bangunan ICA atau mana-mana 29 pejabat pos yang disenaraikan," menurut IA.

Tiada yuran tambahan atau yuran pengambilan pasport dikenakan di pejabat post, menurut ICA, sambil menambah rakyat Singapura sangat digalakkan untuk membuat janji temu untuk mengambil pasport baru mereka tepat pada waktunya.
Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan