Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh permit masuk semula penduduk tetap yang berkumpul di kapal pesiar disingkatkan

Tempoh permit kemasukan semula ke Singapura seorang penduduk tetap (PR) yang melanggar peraturan COVID-19 akan disingkatkan bila ia diperbaharui semula, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh permit masuk semula penduduk tetap yang berkumpul di kapal pesiar disingkatkan

Mark Lau San Mao didenda S$3,000 kerana melanggar peraturan COVID-19. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 03:08PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 03:12PM

SINGAPURA: Tempoh permit kemasukan semula ke Singapura seorang penduduk tetap (PR) yang melanggar peraturan COVID-19 akan disingkatkan bila ia diperbaharui semula, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (2 Mac).

Mark Lau San Mao, 30 tahun, didenda S$3,000 pada Isnin (1 Mac) kerana merupakan salah seorang daripada 10 orang yang menaiki kapal pesiar ke Pulau Sekijang Pelepah pada 26 Dis tahun lalu.

Semasa kesalahan dilakukan, Singapura masih dalam Fasa 2 pembukaan yang menghadkan perhimpuan di luar rumah kepada lima orang.

Singapura memasuki Fasa 3 pada 28 Dis apabila perjumpaan sosial sehingga lapan orang mula dibenarkan di tempat awam.

"Status penduduk tetap Singapura yang didapati melakukan kesalahan akan dikaji semula," menurut ICA dalam kenyataannya.

"Dalam kes Encik Mar Lau San Mao, ICA akan memendekkan tempoh permit kemasukan semulanya apabila ia diperbaharui selanjutnya."

PR Singapura perlu mempunyai permit kemasukan semula untuk melakukan perjalanan ke luar negara sementara mengekalkan status penduduk tetap mereka. PR yang meninggalkan Singapura atau terus berada di luar negara tanpa permit kemasukan semula yang sah akan hilang status penduduk tetap mereka, menurut ICA di laman webnya.

Lau, seorang penduduk Hong Kong, ialah salah seorang daripada dua anggota kumpulan yang didapati melakukan kesalahan. Seorang lagi pesalah merupakan warga Britain, Amy Grace Ropner, 28 tahun.

Ropner, yang menjalin hubungan dengan Lau, juga didenda S$3,000 kerana menyertai perhimpunan sosial tersebut.

Lapan tertuduh lain, kesemuanya warga Britain, ialah: Mark Alexander Bellamy, 29, Annabelle Morgan Duke, 26, Holmes Philip Edward Knatchbull, 27, Amy Alexandra Stewart, 32, Amy Georgina Hunt, 30, Oliver Francis William Campbell, 31, Thomas Cuthbert Williams-Jones, 30, dan Benjamin David Waters, 32.

Gambar-gambar dan video insiden yang tular di media sosial menunjukkan 10 orang berkumpul di atas sebuah kapal pesiar - sesetengahnya menari dan memakai topi Santa.

Semuanya didakawa di mahkamah pada 5 Feb kerana melanggar peraturan COVID-19. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan