Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh penjara mahasiswa NTU yang mengintip dikurangkan 3 minggu, rangka kerja baru jatuhkan hukuman diambil kira

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh penjara mahasiswa NTU yang mengintip dikurangkan 3 minggu, rangka kerja baru jatuhkan hukuman diambil kira

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Hukuman bagi seorang lelaki yang mengemukakan rayuan terhadap tempoh penjaranya selama tujuh minggu berikutan tuduhan mengintip, termasuk di kampus semasa dia menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dikurangkan kepada empat minggu hari ini (17 Feb).

Dalam masa yang sama, Mahkamah Tinggi melakarkan rangka kerja menjatuhkan hukuman bagi sejenis kesalahan mengintip tertentu, yang mana pesalah menggunakan sesebuah alat untuk memerhati bahagian kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Nicholas Tan Siew Chye, 27 tahun, dijatuhi hukuman tujuh minggu pada Jun tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan mengintip.

Kesalahan pertama didapati berlaku pada Oktober 2020, apabila Tan ternampak seorang wanita yang berusia 20 tahun ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kediaman temanitanya di NTU.

Dia mengekori wanita berkenaan sebelum menyangkung di sebuah lobi lif untuk merakam video dari bawah skirt mangsa.

Tan diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin, tetapi ditahan semula pada Februari 2021. Dia didapati sekali lagi menyangkung dan merakam video dari bawah skirt seorang wanita yang berusia 17 tahun ketika mereka berdua sedang berada dalam sebuah lif di blok Lembaga Perumahan.

Tan merupakan seorang mahasiswa berusia 24 tahun, yang sedang dalam tahun akhir pengajiannya di NTU ketika dia melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Dia tidak berpuas hati dengan tempoh penjara yang dijatuhkan oleh hakim daerah lalu memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut, yang tidak melibatkan hukuman penjara.

RANGKA KERJA BARU JATUHKAN HUKUMAN BARU

Tan menerima tempoh penjara yang dikurangkan tiga minggu berikutan rayuan yang dikemukakan disebabkan rangka kerja baru berhubung menjatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Rangka kerja tersebut merangkumi dua peringkat dan lima langkah di mana faktor-faktor seperti kemudaratan yang disebabkan, pencerobohan privasi mangsa dan sama ada pesalah menyimpan imej yang dirakam, dipertimbangkan.

Apabila mahkamah mengguna pakai rangka kerja baru itu terhadap kes Tan, ia mendapati bahawa kedua-dua kesalahan tersebut dalam lingkungan kategori kemudaratan yang rendah.

Meskipun Tan sudah mencerobohi privasi mangsa, tahap kesalahan tersebut terhad oleh kerana dia memerhati bahagian kemaluan mangsa buat seketika waktu sebelum menghapuskan rakaman tersebut sejurus selepas itu.

Para hakim juga mendapati bahawa kebersalahan Tan berada dalam kategori rendah.

Oleh itu, selepas mengambil kira pengakuan bersalahnya, kerjasamanya dengan pihak berkuasa, beberapa kecenderungan terhadap pemulihan dan hakikat bahawa dia mengulangi kesalahan ketika di bawah ikat jamin, dia dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan