Tempoh penginapan 10 tahun bagi flat Plus bantu capai keseimbangan antara penginapan pemilik, fleksibiliti berpindah: MND
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempoh penginapan minimum (MOP) selama 10 tahun bagi flat baharu Plus Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara mengukuhkan niat penginapan pemilik dengan memberikan pemilik rumah fleksibiliti berpindah atas sebab-sebab tertentu, kata Menteri Pembangunan Negara (MND) Desmond Lee pada Isnin (18 Sep).
Berucap di parlimen, Encik Lee berkata bahawa dalam perbincangan perumahan Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward Singapore, ramai warga Singapura menyokong keperluan MOP yang lebih lama kerana berpendapat bahawa flat HDB seharusnya diutamakan untuk penginapan pemilik.
Kebanyakan flat HDB mempunyai tempoh MOP lima tahun, tetapi banyak keluarga Singapura tinggal di flat mereka selama 10 tahun atau lebih sebelum menjualnya, kata Encik Lee, sebagai menjawab soalan-soalan di parlimen mengenai kategori flat baharu itu.
"Bagi mereka yang betul-betul ingin berpindah sebelum tempoh MOP berakhir, HDB akan menilai rayuan mereka berdasarkan kes yang dikemukakan," tambahnya.
Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Xie Yao Quan (PAP-Jurong), yang bertanya sama ada flat Plus boleh diberi MOP kurang daripada 10 tahun. Soalan Encik Xie adalah antara beberapa soalan yang ditujukan kepada Encik Lee mengenai rangka kerja baharu bagi flat perumahan awam baharu yang diumumkan pada Rapat Umum Hari Kebangsaan bulan lalu.
Mulai separuh kedua 2024, projek-projek Bina Ikut Tempahan (BTO) akan diklasifikasikan sebagai Standard, Plus atau Prime, dan bukan berdasarkan sama ada ia berada di estet yang matang atau belum matang.
Di bawah rangka kerja baharu, flat Standard adalah flat perumahan awam yang akan dibina di merata Singapura dengan subsidi standard dan sekatan standard HDB, termasuk tempoh MOP selama lima tahun.
Flat Plus terletak di lokasi-lokasi pilihan dalam satu daerah, dan akan menerima lebih banyak subsidi dan sekatan lebih ketat berbanding flat Standard. Flat Prime pula terletak di lokasi pusat bandar dan akan menerima subsidi paling banyak dan sekatan paling ketat.
Kedua-dua flat jenis Plus dan Prime mempunyai MOP selama 10 tahun dan tertakluk kepada had pendapatan bagi jualan semula. Pemilik pertama juga perlu memulangkan subsidi tambahan yang diberikan pemerintah. Mereka tidak boleh menyewakan flat sepenuhnya.
Ini bagi memastikan bahawa flat-flat ini adalah bagi tujuan penginapan dan bukan bagi tujuan pelaburan atau sewa, kata Encik Lee.

BACA:
Encik Lee berkata bahawa MND menerima berbagai cadangan semasa libat urus bersama penduduk. Salah satu cadangan adalah untuk mengenakan had harga bagi flat jenis Prime dan Plus.
Namun, menetapkan had ini boleh "mengganggu proses", kerana harga mungkin tidak mencerminkan sepenuhnya ciri-ciri flat itu, katanya. Sebaliknya, kementerian akan memberikan subsidi tambahan, selain diskaun pasaran yang disediakan untuk flat Standard, bagi menjadikan flat Prime dan Plus lebih mampu milik kepada julat pendapatan yang lebih luas.
Selain potongan harga ini, MND menyediakan geran progresif kepada pembeli rumah kali pertama yang layak bagi memberikan lebih banyak sokongan kepada mereka yang paling memerlukannya, kata Encik Lee.
Menjawab soalan tentang bagaimana rangka kerja baharu itu membantu mengekalkan pergaulan sosial yang baik di estet HDB, Encik Lee berkata bahawa pelbagai jenis flat akan disediakan bagi projek Prime dan Plus, untuk memenuhi bajet dan keperluan berbeza rakyat Singapura.
Untuk memastikan kawasan kejiranan kekal inklusif, MND akan terus membina flat sewa di blok bersepadu jika boleh, termasuk bagi projek Prime dan Plus akan datang.
Ini yang berlaku bagi River Peaks I, projek pertama Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) yang dilancarkan pada November 2021, katanya.
"Ada yang bertanya sama ada rangka kerja baharu ini mungkin menyebabkan masyarakat kita lebih terbahagi. Malah, sebaliknya, rangka kerja baharu ini cuba mencapai perkara yang sebaliknya.
"Tanpa rangka kerja baharu, rumah flat di lokasi pilihan mungkin akan menjadi lebih mahal dan tidak dapat dicapai oleh ramai rakyat Singapura dari semasa ke semasa," kata Encik Lee.
KESAN FISKAL
Encik Xie bertanya berapa jumlah yang dijangkakan dibelanjakan pemerintah setiap tahun untuk subsidi perumahan dan geran untuk menyokong pemilikan rumah, manakala Ketua Pembangkang Pritam Singh bertanya mengenai jangkaan kesan fiskal yang timbul daripada subsidi tambahan pembayar cukai yang diberikan kepada flat Prime dan Plus HDB.
Encik Lee berkata pada FY2021/22, HDB mencatat defisit sekitar S$3.85 bilion dalam Program Pemilikan Rumahnya. Dalam tempoh yang sama, HDB juga mengeluarkan geran S$372 juta untuk flat yang dibeli langsung daripada HDB dan geran S$849 juta untuk flat jualan semula dan kondominium eksekutif.
Beliau menambah: "Memandangkan flat Prime dan Plus akan datang dengan lebih banyak subsidi, jumlah impak fiskal dijangka lebih tinggi berbanding jika kita mengekalkan 'status quo'.
"Jangkaan impak fiskal yang sebenar akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk keadaan pasaran pada setiap pelancaran, permintaan perumahan, sifat lokasi tapak dan banyak lagi."
LEBIH BANYAK RUMAH UNTUK BUJANG
Terdapat juga soalan mengenai akses perumahan bagi golongan bujang. AP Lim Biow Chuan (PAP-Mountbatten) bertanya sama ada had umur bagi golongan bujang untuk membeli flat BTO boleh dikurangkan. Buat masa ini, bujang mesti berumur sekurang-kurangnya 35 tahun untuk membeli flat BTO baharu.
Encik Lee berkata kementerian sedang mengambil langkah untuk meningkatkan akses perumahan untuk golongan bujang. Mereka boleh membeli flat BTO Flexi dua bilik baharu di seluruh negara mulai separuh kedua 2024, dan bukan hanya di estet belum matang.

HDB akan melancarkan lebih banyak flat Flexi dua bilik, katanya. Dari 2024 hingga 2026, ia akan melancarkan sebanyak 14,000 flat Flexi dua bilik, naik 30 peratus berbanding tiga tahun lalu.
"Dengan perubahan yang akan kami lakukan, kami boleh menjangkakan permintaan perumahan daripada golongan bujang akan meningkat dengan ketara. Keutamaan kami sekarang ialah membina rumah flat yang mencukupi dalam beberapa tahun akan datang untuk menangani permintaan ini, sebelum kami memutuskan sama ada untuk membuat sebarang perubahan lanjut," kata Encik Lee.
"Setelah berkata demikian, kami telah menemui golongan bujang untuk mendengar aspirasi perumahan mereka dan menerima banyak cadangan mengenai tipologi perumahan baharu - seperti rumah tinggal bersama dan perumahan antara generasi, dan kami sedang mengkajinya secara aktif."
Berhubung soalan tentang potensi kesan rangka kerja perumahan baharu itu ke atas pasaran jualan semula, Encik Lee berkata ia akan bergantung kepada banyak faktor, termasuk pilihan pembeli rumah, keadaan pasaran, bekalan, permintaan dan pembiayaan. Penganalisis dan penyelidik juga mempunyai pelbagai pandangan mengenai kesan ke atas harga jualan semula di pasaran yang lebih luas.
"Rakyat Singapura yang mencari lebih banyak lagi perumahan awam mampu milik di pusat atau lokasi pilihan boleh menunggu pelancaran flat Prime dan Plus baharu ini di pasaran jika mereka mampu, manakala yang lain yang mempunyai keperluan yang lebih segera atau lebih gemar flat tanpa sekatan baharu itu boleh memilih untuk membeli flat sedia ada dalam pasaran jualan semula," kata Encik Lee.
Flat-flat Prime dan Plus hanya disediakan bagi pasaran jualan semula dalam masa kira-kira 15 tahun. Dalam jangka panjang, MND menjangkakan bahawa sekatan yang lebih ketat akan sedikit sebanyak mengurangkan harga jualan semula.
"Kami akan memantau kesan rangka kerja perumahan baharu ke atas pasaran jualan semula yang lebih luas dengan teliti, dan menyemaknya apabila perlu," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.