Tempoh penggantungan IPPT bagi anggota kerahan perkhidmatan negara dilanjutkan sebulan
Ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) bagi anggota kerahan perkhidmatan negara (NSmen) akan digantung sebulan lagi sehingga 30 Sep, menurut Kementerian Pertahanan menerusi satu kiriman pesanan teks melalui telefon kepada NSmen pada Rabu (5 Ogos).
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) bagi anggota kerahan perkhidmatan negara (NSmen) akan digantung sebulan lagi sehingga 30 Sep, menurut Kementerian Pertahanan menerusi satu kiriman pesanan teks melalui telefon kepada NSmen pada Rabu (5 Ogos).
Mindef menyatakan pada Jun bahawa penggantungan itu berkuat kuasa dari hujung Mac hingga 31 Ogos.
Apabila ditanya mengapa penggantungan itu dilanjutkan, Mindef merujukkan Mediacorp kepada catatan Facebooknya pada tanggal 16 Jun lalu yang menyatakan ia akan memantau keadaan COVID-19 dan meneliti semula langkah-langkah bagi memastikan keselamatan NSmen.
Mindef mengumumkan pada 16 Jun bahawa kegiatan IPPT NSmen serta latihan dalam kem (ICT) yang tidak dianggap penting kepada operasi akan terus ditangguhkan.
Adalah difahamkan ICT yang dianggap tidak penting kepada operasi sebahagian besarnya meliputi latihan kemahiran dan sesi ulang kaji. Ia tidak mempunyai kesan kepada ketersediaan keseluruhan unit-unit Perkhidmatan Negara jika ditunda atas dasar jangka pendek.
Catatan Facebook Mindef bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama ICT tidak penting akan terus ditangguhkan tetapi Mediacorp difahamkan pada Rabu bahawa ia kekal digantung.
Ketua Turus Pertahanan Melvyn Ong berkata pada Mac bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan memantau keadaan dari bulan ke bulan.
Dalam pesanan teks terbaru, Mindef menekankan ia akan memberikan pengecualian sekali sahaja kepada mereka yang sepatutnya mengambil ujian kecergasan semasa tempoh penggantungan ini.
NSmen terjejas akan menerima surat dalam masa tiga minggu akan datang dan boleh merujuk kepapa portal Perkhidmatan Negara bagi kemas kini, tambah kementerian itu.
Pesanan teks itu juga menyatakan penggantungan sementara sehinga 30 Sep termasuk menjalankan latihan persediaan IPPT dan latihan tambahan di pusat kecergasan, gim Safra dan taman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.