Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh menunggu lebih singkat bagi lebih 2,000 flat BTO baru di Tengah

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan dua projek di Tengah untuk sesi penjualan pada November, yang mempunyai tempoh menunggu selama tiga tahun - iaitu tempoh paling singkat dalam kalangan projek-projek yang dilancarkan pada bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan dua projek di Tengah untuk sesi penjualan pada November, yang mempunyai tempoh menunggu selama tiga tahun - iaitu tempoh paling singkat dalam kalangan projek-projek yang dilancarkan pada bulan ini.

HDB akan menawarkan 2,077 unit Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Garden Waterfront I & II @ Tengah dan kedua-dua projek itu mempunyai tempoh menunggu selama 3.3 tahun, iaitu masa menunggu  paling singkat dalam kalangan projek-projek BTO yang dilancarkan pada November, menurut HDB dalam kertas fakta media pada Isnin (21 Nov).

Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada hampir 10,000 flat HDB daripada 10 projek yang akan dilancarkan dalam sesi penjualan BTO pada November.

Menurut HDB, projek-projek baru itu terdiri daripada 18 blok perumahan setinggi 9 hingga 16 tingkat, dengan flat flexi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik, termasuk beberapa flat sewa di Garden Waterfront I @ Tengah.

Dengan pelancaran kedua-dua projek ini, hampir 17,000 unit secara keseluruhannya ditawarkan di Tengah sejak pelancaran projek BTO yang pertama iaitu Plantation Grove pada November 2018.

Sementara berlaku sedikit penangguhan disebabkan kesan pandemik COVID-19, "lebih 70 peratus daripada projek itu kini mempunyai tempoh menunggu selama empat tahun atau tidak lebih daripada itu," menurut HDB.

Berucap di sesi  Melakar Hala Tuju Singapura Majlis Belia Kebangsaan-Kementerian Pembangunan Negara pada Ahad (19 Nov), Menteri MND Desmond Lee berkata: "HDB kini sedang berusaha untuk menangani penangguhan kerja-kerja binaan. Bilangan projek BTO yang tertangguh selama enam bulan atau lebih lama terus merosot, daripada lebih 80 peratus bagi kesemua projek pada 2021, kepada kurang 50 peratus sekarang."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan