Tempoh menunggu lebih lama hingga 30 minit selama 3 bulan apabila kerja terowong Laluan Circle dijalankan pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah perjalanan di Laluan Circle (CCL) akan mengambil masa yang lebih panjang bagi tempoh selama hampir tiga bulan pada awal tahun 2026, sedang MRT beroperasi di satu platform antara tiga stesen bagi membolehkan kerja-kerja pengukuhan terowong dijalankan.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan pada Isnin (1 Dis) bahawa para penumpang boleh menjangkakan masa menunggu tambahan sehingga 30 minit semasa waktu sibuk dari 17 Januari hingga 19 April tahun depan, apabila terowong yang beroperasi di Stesen Mountbatten, Dakota dan Paya Lebar ditutup sebahagiannya.
Dalam salah satu gangguan perkhidmatan berjadual terpanjang setakat ini di seluruh rangkaian MRT, dua terowong selari yang menghubungkan tiga stesen CCL akan ditutup satu persatu.
MRT akan tiba selang masa 10 minit - meningkat daripada biasanya tiga minit - di stesen-stesen yang terjejas menggunakan terowong terbuka tunggal. Untuk menambah pelarasan perkhidmatan, khidmat bas ulang-alik baharu akan beroperasi semasa waktu sibuk pada hari bekerja untuk membawa penumpang ke bahagian rangkaian MRT yang tidak terjejas.
STESEN LAIN JUGA TERJEJAS
Selain bahagian yang terjejas, bahagian lain CCL juga akan mengalami masa menunggu yang lebih panjang semasa tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan.
Masa menunggu waktu sibuk antara Stesen HarbourFront dan Paya Lebar akan meningkat kepada kira-kira tiga minit, daripada dua minit sekarang.
Masa menunggu antara Mountbatten dan Dhoby Ghaut atau Marina Bay akan meningkat kepada sekitar 10 minit, daripada enam minit sekarang.
“Kami menjangkakan stesen-stesen pertukaran CCL - seperti Bishan, Serangoon dan Buona Vista - akan sesak semasa waktu sibuk sebelah pagi dan petang,” menurut LTA dalam kenyataannya itu.
“Semasa tempoh ini, masa menunggu tambahan boleh mengambil masa sehingga 30 minit berbanding masa perjalanan biasa.”
Kerja-kerja ini diperlukan kerana fenomena yang menjejaskan beberapa sektor terowong CCL yang dikenali sebagai “tunnel squatting”. Ini berlaku apabila tanah liat marin lembut yang dibina di beberapa bahagian terowong perlahan-lahan mampat dari semasa ke semasa.
Ini boleh menyebabkan gangguan pada operasi MRT dan kecacatan struktur dalam terowong dalam jangka panjang jika tidak ditangani, kata LTA.
Pada November, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata para penumpang harus menjangkakan penutupan laluan MRT yang lebih terancang sedang rangkaian MRT Singapura semakin usang dan memerlukan masa penyenggaraan yang lebih lama untuk melakukan kerja-kerja naik taraf utama.
Beliau berkata pendekatan semasa untuk melanjutkan sedikit waktu penyenggaraan – dengan menamatkan perkhidmatan lebih awal dan bermula lebih lewat – tidak lagi mencukupi.
PENUMPANG MRT HARUS MENIMBANGKAN LALUAN ALTERNATIF
Semasa tempoh penutupan terowong, para penumpang digalakkan untuk merancang lebih awal dan menimbangkan masa perjalanan dan pilihan perjalanan alternatif selain daripada menaiki MRT di bahagian yang terjejas di CCL.
“Jika boleh, para penumpang harus menimbangkan laluan MRT lain untuk mengelakkan bahagian CCL yang terjejas,” kata LTA.
“Penumpang yang melakukan perjalanan semasa waktu sibuk sebelah pagi dan petang mungkin mendapati ia lebih cepat dan lebih mudah untuk melalui laluan MRT lain, mengelakkan bahagian yang sesak di CCL.”
Khidmat bas ulang-alik waktu sibuk akan bermula pada 5 Januari - kira-kira dua minggu sebelum penutupan terowong - supaya para penumpang dapat membiasakan diri dengan pilihan perjalanan baharu.
Perkhidmatan bas ulang-alik adalah:
<<gfx>>
Khidmat bas biasa yang melalui kawasan-kawasan yang terjejas masih disediakan untuk penumpang sebagai alternatif.
Untuk maklumat lanjut, para penumpang juga boleh merujuk kepada aplikasi MyTransport.SG LTA serta saluran media sosial yang dikendalikan oleh LTA dan SMRT.
KENAPA KERJA-KERJA PERLU DIJALANKAN 24/7?
LTA menyatakan bahawa 'tunnel squatting' telah dipantau selama lebih sedekad, dengan imbasan baru-baru ini mengenal pasti tiga sektor terowong antara Stadium dan Paya Lebar sebagai yang lebih terjejas dengan ketara.
Terdapat juga kecacatan kecil pada terowong yang lebih terjejas oleh fenomena tersebut, seperti tanda-tanda berlaku kebocoran air, yang telah diperbetulkan dengan menggunakan 'grout' untuk menutup kebocoran, tambah LTA.
"Walaupun kami telah menangani isu-isu ini, kami memutuskan untuk menjalankan kerja-kerja pengukuhan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menjejaskan khidmat MRT jika tidak ditangani," kata LTA.
Proses pengukuhan melibatkan pemasangan plat keluli di sepanjang lilitan terowong. Ini memerlukan jentera berat, peralatan pengangkat khusus dan pelbagai pasukan kejuruteraan.
Lebih 300 pekerja dan jurutera akan dikerahkan untuk bertugas di dalam terowong untuk memasang plat ini merentasi 450m segmen terowong.
"Disebabkan skala dan kerumitan kerja-kerja tersebut, kami memerlukan blok waktu kejuruteraan yang lebih lama bagi memastikan kerja-kerja pengukuhan dapat dijalankan dengan selamat dan berkesan," kata LTA.
Untuk meminimumkan tempoh pelarasan perkhidmatan untuk penumpang, pemasangan akan dijalankan 24/7 (24 jam) di bawah satu penutupan terowong berterusan, tambah LTA.
'Tunnel squatting' bukanlah sesuatu yang unik di Singapura. Bandar-bandar seperti Shanghai, Taipei, Busan, Barcelona dan Lisbon telah mengalami isu yang serupa dan telah menjalankan langkah-langkah pengukuhan yang setanding.
Khidmat MRT boleh terus beroperasi dalam satu terowong pada satu masa kerana perunding pakar telah menyifatkan terowong terbuka yang ada sekarang ini selamat untuk digunakan semasa kerja-kerja dijalankan di bahagian yang lain.
LTA menyatakan bahawa ia tidak dapat menolak keperluan untuk menjalankan kerja-kerja selanjutnya kerana 'tunnel squatting' adalah "hasil daripada proses geologi".
"Kami akan terus memantau terowong dan tanah untuk memastikan ia stabil walaupun selepas kerja-kerja selesai dijalankan."
Ini bukanlah pelarasan perkhidmatan berpanjangan yang pertama untuk kerja-kerja terowong. Antara Januari dan April tahun lalu, setiap satu platform di Telok Blangah dan HarbourFront ditutup sementara untuk mengintegrasikan Tahap 6 CCL dengan laluan sedia ada.
Pada Jun 2023, terdapat pelarasan perkhidmatan MRT di tujuh stesen Laluan Circle, dengan MRT ulang-alik beroperasi antara Stesen Promenade dan Nicoll Highway kerana kerja-kerja penyenggaraan dan pengukuhan berjaga-jaga dijalankan di terowong.
LTA menambah bahawa pelarasan tahun depan dijadualkan siap sebelum pembukaan Tahap 6, yang akhirnya akan menutup gelung Laluan Circle.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.