Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh hukuman bagi lelaki baling botol dari unit kondominium dikurangkan 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2022 05:08PM Dikemas Kini : 20 Dec 2022 08:45PM
SINGAPURA: Tempoh hukuman penjara bagi seorang lelaki yang membaling botol wain dari unit kondonya, sehingga menyebabkan seorang lelaki 73 tahun maut pada 2019, dipendekkan setengah tahun.

Ini selepas rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada Selasa (20 Dis).

Warga Australia Andrew Gosling kini akan menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan bukan tempoh asal, iaitu lima tahun dan enam bulan, di mana dia dijatuhi hukuman tersebut pada awal tahun ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan.

Gosling, 50 tahun, dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas kesalahan menyebabkan kematian akibat tindakan yang terburu-buru dan hukuman penjara 18 bulan kerana menyebabkan kecederaan parah akibat tindakan terburu-buru, dengan kedua-dua hukuman berjalan berturut-turut.

Setelah rayuan dikemukakan, tempoh penjara bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat tindakan terburu-buru dikurangkan dari empat tahun kepada tiga tahun setengah.

Hukuman menyebabkan kecederaan parah akibat tindakan terburu-buru kekal sama, menjadikan tempoh hukuman penjara keseluruhan selama
lima tahun.

Semasa menjatuhkan hukuman baru, Hakim Chua Lee Ming menganggap tempoh hukuman secara keseluruhan tidak melebihi tempoh maksimum bagi tuduhan lebih serius. Di mana dalam kes itu, adalah kematian akibat tindakan terburu-buru, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun. Hakim kemudian mengurangkan enam bulan hukuman penjara bagi tuduhan tersebut.

Pada 18 Ogos 2019, Gosling membaling botol wain dari tingkat tujuh kondominium di Spottiswoode Park ke arah sekumpulan Melayu-Islam di kawasan barbeku di tingkat lima, dengan niat mengejutkan mereka.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan