Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh bantuan COVID-19 bagi kontrak berkaitan acara, pelancongan dilanjutkan lagi

Tempoh bantuan bagi kontrak-kontrak yang berkaitan dengan penganjuran acara dan pelancongan akan dilanjutkan lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2020 12:01PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 10:57PM

SINGAPURA: Tempoh bantuan bagi kontrak-kontrak yang berkaitan dengan penganjuran acara dan pelancongan akan dilanjutkan lagi dari hari ini (31 Dis) sehingga 31 Januari 2021.

Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini (31 Dis), Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menyatakan pelanjutan selama sebulan itu akan "membolehkan kedua-dua individu dan syarikat-syarikat perniagaan untuk menilai situasi COVID-19 dan menilai semula acara atau lawatan yang bakal dianjurkan dalam Fasa 3".

Pemberitahuan bagi mendapatkan bantuan untuk kontrak-kontrak sedemikian perlu dilakukan sebelum 31 Januari 2021.

Sektor acara dan pelancongan adalah antara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan pelanjutan terakhir tempoh bantuan kontrak seperti itu diumumkan pada Oktober lalu.

Jika sesebuah acara berkontrak tidak dapat diteruskan disebabkan oleh COVID-19, pihak-pihak yang terlibat "sangat-sangat digalakkan" supaya merundingkan perkara itu, menurut MinLaw, sambil menambah pihak-pihak tersebut seharusnya meminta bantuan di bawah Akta COVID-19 (Langkah Sementara) jika persetujuan tidak dapat dicapai.

Jika persetujuan tidak dapat dicapai, salah satu pihak boleh membuat permohonan Penentuan Penilai dalam masa sehingga dua bulan selepas tempoh bantuan tersebut berakhir - sebelum 31 Mac 2021.

Tempoh bantuan bagi kontrak berjadual yang lain tetap tidak berubah.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan