Tempat pancing di dua kolam air ditutup sementara menyusuli penemuan ikan pari berbisa
PUB menutup tempat-tempat memancing ikan di dua kolam air, Lower Peirce dan Upper Seletar, hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
SINGAPURA: PUB menutup tempat-tempat memancing ikan di dua kolam air, Lower Peirce dan Upper Seletar, hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Langkah itu diambil setelah laporan media menyatakan 60 ikan pari Motoro yang bukan berasal dari negara ini dikesan di dua kolam air itu.
Mediacorp difahamkan bahawa ikan pari Motoro mempunyai sengat beracun dan boleh menyebabkan kematian.
Bagaimanapun ada orang menyimpan ikan itu sebagai haiwan peliharaan.
PUB menyatakan pada Ahad (23 Dis) pihaknya akan melakukan pemeriksaan dan akan mengeluarkan ikan-ikan pari itu.
Menurut agensi itu lagi, perbuatan melepaskan haiwan ke dalam kolam-kolam air negara ini boleh menjejas mutu air dan menimbulkan bahaya kepada para penggunanya.
Melepaskan sebarang haiwan, termasuk ikan, ke dalam kolam air atau saluran-saluran air di Singapura adalah salah di sisi undang-undang. Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$3,000.
Pada 2017 seorang lelaki didenda S$2,6000 selepas melepaskan tiga pari Motoro ke kolam air Lower Seletar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.