Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempat mengecas terhad, isu kewangan halang pemandu teksi tukar kepada EV

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mungkin sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), namun ramai pemandu teksi belum membuat penukaran itu.

Walaupun mereka berminat untuk membuat pilihan yang lebih hijau, faktor seperti tempat mengecas yang terhad dan pertimbangan kos lain menghalang mereka untuk membuat penukaran itu.

Penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) Yeo Wan Ling berkata bahawa buat masa ini, teknologi dan kemudahan EV "baru diusahakan". Ia menyukarkan para pemandu terutama mereka yang bertugas di kawasan kejiranan.

Singapura sudah meningkatkan usaha penggunaan EV yang selaras dengan sasaran kemampanannya. Ia merancang untuk membangunkan kira-kira 60,000 tempat mengecas menjelang hujung dekad ini.

Ia juga sedang mencuba untuk menghentikan penggunaan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang 2040.


MENCARI TEMPAT MENGECAS

Kekurangan tempat mengecas adalah cabaran utama dalam usaha Singapura membuat penukaran kepada kenderaan-kenderaan lebih mesra alam sekitar.

Namun usaha oleh pihak pemerintah akan memperbaiki keadaan tersebut.

Selain daripada jumlah tempat mengecas, lokasi dan akses kepada tempat tersebut merupakan faktor lain, kata pemandu teksi kepada Mediacorp.

Seperti contoh, beberapa tempat mengecas terletak di bahagian hujung tempat meletak kereta. Ini agak sukar untuk pemandu teksi ke lokasi tersebut.

MEMANFAATKAN DARI SEGI KEWANGAN

Pemandu teksi juga memberitahu Mediacorp bahawa mereka lebih terbuka kepada idea EV jika penukaran itu memanfaatkan dari segi kewangan.

Mereka juga lebih terbuka jika pemandu pengganti dapat berkongsi kos operasi menyewa dan menyenggara EV.

Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) menekankan bahawa walaupun insentif bagi pemandu disediakan untuk menukar kepada EV, kemudahan-kemudahan yang disediakan harus memenuhi permintaan yang disasarkan.

Baru-baru ini, ComfortDelgro berjanji untuk membelanjakan S$6 bilion untuk menukar sebahagian besar teksinya kepada EV.

Manakala Strides Mobility merancang untuk menukar semua teksinya kepada EV menjelang 2026.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan