Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempat "mencukupi" bagi kanak-kanak bukan dari tadika MOE memasuki sekolah rendah

Akan ada "akses yang mencukupi" bagi murid-murid yang bukan dari tadika MOE yang terletak di sekolah rendah dalam Pendaftaran bagi Darjah 1. Demikian menurut Menteri Pendidikan Ng Chee Meng hari ini (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2018 09:11PM Dikemas Kini : 10 Jan 2018 12:05AM

SINGAPURA: Akan ada "akses yang mencukupi" bagi murid-murid yang bukan dari tadika MOE yang terletak di sekolah rendah dalam Pendaftaran bagi Darjah 1. Demikian menurut Menteri Pendidikan Ng Chee Meng hari ini (9 Jan).

Menerangkannya di parlimen, beliau berkata bahawa pengambilan murid-murid tadika 1 (K1) akan menjadi "sangat rendah" berbanding pengambilan murid-murid Darjah 1 di sekolah yang menempatkan tadika itu, bagi memastikan kanak-kanak lain mendapat tempat di sekolah itu.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong program perintis yang diperkenalkan tahun lalu, memberikan keutamaan kepada kanak-kanak dari tadika MOE, memasuki sekolah rendah di mana tadika itu ditempatkan.

Menurut Encik Ng, ramai ibu bapa mengalu-alukan langkah tersebut yang beliau percaya, kanak-kanak dapat meraih manfaat daripada program ini.

Dalam semakan kepada program perintis tadika MOE, ada ibu bapa yang melahirkan harapan jumlah peralihan dari tajaka ke tadika dan kemudian ke sekolah rendah, dikurangkan.

Maka itu, skim memberi keutamaan mengambil kira harapan tersebut.

Encik Ng menarik perhatian, tadika-tadika MOE banyak persamaan dengan sekolah-sekolah rendah yang menyokong peralihan kanak-kanak ke darjah satu.

Tetapi ada juga yang prihatin, ini mungkin juga mempercepatkan tekanan memasuki sekolah rendah kepada peringkat tadika. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan