Skip to main content

Singapura

Tempat letak kereta HDB akan dilengkapi dengan tempat mengecas EV jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Mar 2022 07:30PM Dikemas Kini : 08 Mar 2022 08:55PM

SINGAPURA: Hampir 2,000 tempat letak kereta HDB akan dilengkapi dengan sekurang-kurangnya tiga tempat mengecas kenderaan elektrik atau EV, menjelang 2025.

Tempat-tempat mengecas itu "kebanyakannya akan menyediakan pengecasan berkuasa rendah semalaman" untuk memenuhi keperluan para pemilik kereta dan mengurangkan beban pada grid elektrik.

Berucap semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada Selasa (8 Mac), Menteri Pengangkutan, S. Iswaran berkata lebih banyak tempat mengecas akan disediakan di mana terdapat permintaan dan kapasiti elektrik yang mencukupi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) turut mendedahkan bahawa ini adalah "langkah penting" untuk mencapai sasaran Singapura sebanyak 60,000 tempat mengecas EV menjelang 2030.

Menurut LTA, pelepasan karbon dari pengangkutan darat mencecah paras tertinggi iaitu 7.7 juta tan karbon dioksida pada 2016 - jauh mendahului garis masa 2030 yang ditetapkan di peringkat nasional.

Oleh itu, pemerintah menetapkan sasaran baru untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 80 peratus daripada paras kemuncak pada 2016 menjelang tahun 2050.

Sumber : CNA/SY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita