Tempat kerja masa depan perlu sokong kerjaya berbilang tahap, pekerjaan didayakan teknologi: MOM
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan tempat kerja masa depan perlu menyokong kerjaya berbilang tahap dan pekerjaan yang didayakan teknologi.
Bagi menyokong jangka hayat kerjaya pula, MOM akan membantu rakyat Singapura dengan menggalakkan kerja fleksibel, tempat kerja berbilang generasi, serta imbangan yang lebih baik antara pekerjaan dengan keutamaan peribadi.
Ini merupakan tumpuan utama dalam adendum MOM kepada Ucapan Presiden semasa pembukaan Parlimen ke-15 baru-baru ini.
Memacu jangka hayat kerjaya akan menjadi tumpuan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerjaan Warga Emas, yang ditubuhkan untuk mendorong inisiatif dalam bidang tersebut.
NTUC menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak mengenai langkah-langkah seperti mereka semula pekerjaan serta laluan latihan bagi memperkukuh jangka hayat kerjaya.
Khususnya, menyediakan pekerja dengan pilihan untuk terus bekerja dan memilih daripada pelbagai jenis pekerjaan.
Warga emas perlu disediakan aturan kerja fleksibel, sambil mengimbangi komitmen kepada kesihatan, keluarga dan peribadi.
Mereka wajar diberi layanan secara adil untuk diiktiraf, diberi ganjaran dan disokong.
Terdapat juga matlamat lebih luas untuk memastikan pertumbuhan inklusif.
Akta Pekerjaan juga akan dikemas kini untuk memastikan adanya perlindungan yang mencukupi untuk pelbagai golongan pekerja.
Ia juga bertujuan untuk mengikuti perkembangan di tempat di kerja dan teknologi baharu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.