Skip to main content

Singapura

Tempat daya tarikan SG tingkatkan tahap kebersihan, keselamatan jelang perayaan hujung tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempat-tempat daya tarikan utama di Singapura bertungkus-lumus memastikan kemudahan masing-masing bersih dan selamat. Ini sedang jumlah pengunjung dijangka melonjak semasa musim cuti Krismas dan Tahun Baru.

Mentelah lagi dengan kebimbangan bahawa gelombang baru COVID-19 bakal melanda, persediaan sedemikian dianggap sebagai tepat pada masanya.

Sejak sempadan dibuka semula, pelbagai daya tarikan di Singapura semakin rancak menerima pelancong luar negara.

Snow City, misalnya, seesak dengan pelanggan. Namun, ia mengambil langkah mengehadkan kapasitinya kepada 250 orang saja pada satu-satu masa demi memastikan orang ramai tidak berasak-asak untuk menikmati salji di sana.

"Kami sentiasa memastikan jumlah pengunjung dalam kapasiti kami. Inilah faktor keselamatan pertama kami dan kami selalu memastikan sesiapa yang ingin menempah ke Snow City, walaupun membawa tetamu, mereka tidak boleh melebihi jumlah pengunjung yang dibenarkan," kata Pengurus Besar Snow City Singapore, Norazani Shaiddin.

Tarikan seperti Muzium Ais Krim juga berusaha memastikan pameran-pameran interaktifnya sentiasa bersih.

"Dari sudut jadual pembersihan, malah sekarang kami sudah menambahkannya berbanding semasa COVID-19 kerana kami mampu meluaskan pasukan kami dan memastikan ia sentiasa bersih," ujar Ketua Muzium Ais Krim Asia Pasifik, Pirakash T.

Muzium itu menyaksikan jumlah pengunjung melonjak sehingga 70 peratus sejak sekatan COVID-19 dilonggarkan tahun ini.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita