Tempahan 'meningkat' bagi teksi ComfortDelgro
Menurut ComforDelgro, kebangkitan pada jumlah tempahan ini disebabkan oleh pengunduran Uber daripada pasaran di rantau ini. Ia menambah promosi pemasaran seperti kod promosi bagi penumpang turut menyumbang kepada peningkatan itu.
SINGAPURA: ComfortDelgro menyaksikan 'peningkatan' pada jumlah tempahan teksi yang dibuat melalui pusat panggilan dan aplikasinya bagi tempoh lima bulan pertama 2018, menurut syarikat tersebut pada Rabu (6 Jun).
Pengendali teksi itu turut mendedahkan bahawa tempahan meningkat hampir sembilan peratus pada bulan Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan paling tinggi sejak September 2014.
Menurut ComforDelgro, kebangkitan pada jumlah tempahan ini disebabkan oleh pengunduran Uber daripada pasaran di rantau ini. Ia menambah promosi pemasaran seperti kod promosi bagi penumpang turut menyumbang kepada peningkatan itu.
Sekitar 57,000 kod promosi digunakan oleh penumpang sejauh ini, menurut ComfortDelgro.
Bulan lalu, ComfortDelgro mengumumkan ia sudah menempah 200 teksi baru, tempahannya yang pertama sejak setahun setengah yang lalu.
Ini memberikan ComfortDelgro bahagian pasaran sekitar 60 peratus.
Ia turut mengumumkan hampir 300 pemandu baru sudah mendaftarkan diri pada April.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.