Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan majlis perkahwinan di hotel naik 30% hingga 50%

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan majlis perkahwinan di hotel naik 30% hingga 50%

Gambar: Sumber Web, Hotel One Farrer

Diterbitkan : 26 Dec 2022 04:27PM Dikemas Kini : 26 Dec 2022 04:38PM
SINGAPURA: Jumlah pasangan yang berpusu-pusu untuk berkahwin telah menyebabkan permintaan bagi tempahan di dewan hotel melonjak sejak pertengahan tahun ini apabila sekatan sosial dilonggarkan.

Para bakal mempelai boleh menjangkakan kos lebih tinggi tahun depan sedang industri perhotelan berdepan dengan cabaran kos buruh serta inflasi yang meningkat.

Jumlah pasangan yang ingin majlis perkahwinan di hotel semakin bertambah.

Sebilangan hotel menyaksikan permintaan naik sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 50 peratus sejak sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Terdapat juga trend pasangan memilih untuk mengadakan majlis lebih kecil khususnya pasangan muda yang ingin berjimat.

Namun, industri perhotelan berdepan dengan cabaran seperti kekurangan tenaga manusia.

Malah mengadakan majlis kecil-kecilan juga menjadi suatu cabaran.

Sektor berkenaan juga sukar menarik bakat baru untuk menyertai industri perkhidmatan.

Selain itu, kos juga bakal bertambah sehingga 10 peratus untuk menangani harga bahan dan tenaga yang meningkat.

Meski kos lebih tinggi, permintaan bagi majlis perkahwinan di hotel kekal teguh.

Hotel One Farrer menyatakan kebanyakan hujung minggu tahun depan sudah hampir 70 peratus ditempah.

Hotel-hotel lain juga sudah menerima pertanyaan bagi khidmat majlis perkahwinan untuk 2024.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan