Tempahan katering Hari Raya naik 35% berbanding tahun lalu
Tempahan katering bagi Hari Raya tahun ini melonjak sebanyak 35 peratus berbanding tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tempahan katering bagi Hari Raya tahun ini melonjak sebanyak 35 peratus berbanding tahun lalu.
Ini sedang lebih ramai keluarga, khususnya yang muda, memilih untuk tidak memasak sendiri.
Walaupun permintaan semakin meningkat, sesetengah syarikat penyedia makanan tidak mengambil lebih ramai pekerja dan sebaliknya, memilih untuk membahagikan tugas.
Syarikat Nazreen Catering menyediakan makanan bagi sehingga 7,000 orang setiap hari pada musim Hari Raya ini.
Jumlah tersebut adalah sehingga 35 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Biarpun begitu, syarikat itu tidak menambah bilangan pekerjanya.
Hanya 10 pekerja ditugaskan setiap hari.
Menurut Pengurus Operasi Nazreen Catering Mohammad Jameel, syarikat tersebut memanfaatkan dua dapur yang tersedia untuk mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
"Kami mempunyai dua dapur buat masa ini. Jadi yang pertama, kami melakukan masakan ringan atau membungkus (makanan di sana), untuk dihantarkan ke rumah.
"Satu lagi dapur adalah untuk kami melakukan kerja-kerja memasak yang lain supaya kami tidak menggunakan sebanyak tenaga kerja yang mungkin," katanya.
Permintaan meningkat kerana lebih banyak keluarga kini lebih cenderung membuat tempahan bagi lauk Raya.
Malah sesetengah warga emas yang dahulu berkeras ingin memasak untuk keluarga mereka, kini lebih terbuka menempah lauk daripada para pembekal.
"Warga emas (berusia 70-an tahun) menempah daripada peniaga dari rumah (HBB), yang merupakan rakan-rakan dan keluarga mereka, kerana ia terlalu memenatkan dan membebankan mereka untuk memasak sendiri bagi 30, 40 orang. Agak sukar bagi mereka pada usia itu," kata Encik Shafik Yusope, yang turut memesan makanan daripada syarikat katering.
Encik Shafik menambah beliau sanggup berbelanja untuk mendapatkan khidmat katerer yang boleh dipercayai.
Bagi pemilik gerai Aspirasi Food Galore, Zainuddin Sajat, jualannya secara keseluruhan merosot sekitar 20 peratus berbanding Hari Raya tahun lalu.
Ini kerana jumlah orang yang makan di pusat penjaja semakin berkurangan.
Namun, jualan daripada penghantaran ke rumah pula meningkat seganda.
"Tahun-tahun sebelum ini, kebanyakan orang keluar membawa keluarga mereka berbuka puasa, tetapi sekarang jarang sekali. Tahun ini, saya melihat kebanyakannya membungkus," kata Encik Zainuddin.
Encik Zainuddin sudah lebih 20 tahun membekalkan nasi ayam dan pernah membekalkan hidangan tersebut bagi Presiden Halimah Yacob di Istana.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.