Tempahan hotel sekitar kawasan Padang naik 15% sempena NDP2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hotel-hotel di sekitar kawasan Padang di mana Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP2023) akan berlangsung, menerima tempahan yang melonjak 15 peratus berbanding tahun-tahun sudah.
Ini sedang mereka mempelbagaikan khidmat yang ditawarkan, dengan sentuhan kreatif.
Andaz Singapore misalnya, menawarkan hidangan berperisa khas Singapura seperti kek "chilli crab", sate ayam dan roti prata pizza.
Bilik-bilik di hotel tersebut juga laris ditempah sejak sebulan menjelang Ogos, meningkat 25 peratus berbanding tahun lalu.
Tarikan utama adalah pemandangan luas suasana sekitar Perbarisan Hari Kebangsaan dari bangunan hotel tersebut.
Selain itu, The Fullerton Hotel yang terletak kurang 10 minit berjalan kaki daripada Padang, turut menyaksikan tempahan naik sebanyak 15 peratus.
Hotel itu juga menyajikan pelbagai hidangan tempatan tetapi dengan beberapa kelainan.
Meja-meja bagi pelbagai restoran di Hotel Fullerton juga laris ditempah sedang ramai membuat persediaan bagi menyambut Hari Kebangsaan Singapura yang ke-58.

Sumber : CNA/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.